Awal pagi tadi, Apple telah mengadakan satu sidang media. Apple telah memperkenalkan beberapa servis yang bakal dibawakan mereka kepada pengguna, dan servis terbaru yang memfokuskan kepada gaming ialah Apple Arcade.

Apa itu Apple Arcade? Haa, ini kami kumpulkan segala info yang telah diumumkan oleh Apple mengenai langganan terbaru daripada mereka ini.

1. Apa itu Apple Arcade?

Apple Arcade merupakan servis langganan gaming daripada syarikat gergasi Apple. Dalam langganan ini, Apple menawarkan pelbagai game berbayar yang ada dalam App Store.

2. Main Di Platform Mana?

Apple Arcade akan menyokong di peranti-peranti iOS (kedua-dua iPhone dan iPad), MacOS dan Apple TV. Para pemain akan dibenarkan untuk memindahkan (transfer) progress game antara platform-platform ini. Selain itu, pemain juga boleh bertukar bermain dari satu platform ke platform yang lain.

3. Boleh Main Offline?

Kalau dibaca platform yang boleh dimainkan seperti di atas, kedengaran seperti Google Stadia, ya tak? Tapi korang jangan terkeliru pula. Apple Arcade bukanlah platform streaming game secara cloud, tetapi hanya langganan yang mengumpulkan game-game berbayar di App Store dalam satu harga yang lebih murah.

Jadi, semestinya korang boleh mainkan game-game tersebut secara offline, tanpa sambungan Internet.

4. Game Apa Yang Ada?

Pada ketika ini, beberapa pembangun yang sudah bekerjasama dengan Apple untuk langganan ini ialah Sega, Konami, Disney, Sumo Digital, Cartoon Network dan banyak lagi. Apple menjanjikan yang akan ada lebih daripada 100 game eksklusif semasa pelancaran nanti, dan jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Berikut ialah senarai game yang telah disahkan akan disertakan dalam langganan Apple Arcade, setakat ini:

  • ATONE: Heart of the Elder Tree
  • Beyond a Steel Sky
  • Doomsday Vault
  • Down in Bermuda
  • Enter The Construct
  • Frogger in Toy Town
  • HitchHiker
  • Hot Lava
  • Kings of the Castle
  • LEGO Brawls
  • Lega Arthouse, Cardpocalypse
  • Lifelike
  • Monomals
  • Mr. Turtle
  • No Way Home
  • Oceanhorn 2: Knights of the Lost Realm
  • Overland
  • Projection: First Light
  • Repair
  • Sayonara Wild Hearts
  • Sneaky Sasquatch
  • Sonic Racing
  • Spidersaurs
  • The Bradwell Conspiracy
  • The Pathless
  • UFA on Tape: First Contact
  • Where Cards Fall
  • Winding Worlds
  • Yaga

5. Bila Tarikh Pelancaran?

Apple mengatakan yang Apple Arcade akan dilancarkan pada musim luruh 2019 (sekitar September hingga Disember). Apple juga mendedahkan yang langganan ini akan dilancarkan ke 150 buah negara, namun, senarai negara tersebut masih belum didedahkan.

6. Berapa Harga?

Seperti juga tarikh pelancaran, Apple masih belum mendedahkan harga untuk langganan ini. Apa yang kita tahu sekarang ini ialah Apple Arcade akan menggunakan langgan secara bulanan.

Jadi, amacam? Apa pendapat korang tentang langganan Apple Arcade setakat ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

JomKomen!