in , , ,

6 Pasukan/Individu Malaysia Layak Ke WESG Grand Finals Di China Selepas Cemerlang Di Kelayakan Asia Tenggara

Sumber: Facebook WESG SEA.

Pusingan kelayakan World Electronic Sports Games (WESG) peringkat Asia Tenggara telah berlangsung pada hujung minggu lalu di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ia telah menyaksikan 7 game dipertandingkan melibatkan para pemain dari 10 buah negara.

Sumber: Facebook WESG SEA.

Setelah bertarung selama dua hari pada hari Sabtu dan Ahad, merebutkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD150,000, empat slot terbaik (Top 4) dari setiap game telah berjaya dicari. Kesemua Top 4 ini akan melayakkan diri ke WESG Grand Finals yang bakal diadakan di Shanghai, China pada Mac 2019.

Para pemain dari Malaysia juga turut mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang. 6 pasukan/individu tanah air telah berjaya layak ke negara Tembok Besar itu.

Satu-satunya wakil Malaysia yang menjadi juara ialah Lalasong dalam game Hearthstone. Manakala wakil-wakil lain, mengisi slot Top 4, yang terdiri daripada WG Unity (Dota 2), Frostfire (CSGO), Sphynx (CSGO Wanita), Sookwan (Hearthstone Wanita), dan Phoenix (Vainglory).

Berikut adalah senarai penuh para pemenang untuk kelayakan WESG Asia Tenggara:

Dota 2
Juara: TNC Predator (Filipina)
Naib Juara: WG Unity (Malaysia)
Tempat Ketiga: BOOM ID (Indonesia)
Tempat Ketiga: Veteran (Myanmar)

Counter Strike: Global Offensive
Juara: Alpha Red (Thailand)
Naib Juara: TNC Predator (Filipina)
Tempat Ketiga: Frostfire (Malaysia)
Tempat Ketiga: Revolution (Vietnam)

Counter Strike: Global Offensive (Wanita)
Juara: ArkAngel (Filipina)
Naib Juara: Phoenix (Singapura)
Tempat Ketiga: Sphynx (Malaysia)
Tempat Ketiga: Felis Catus (Vietnam)

Hearthstone
Juara: Lalasong (Malaysia)
Naib Juara: Staz (Filipina)
Tempat Ketiga: Nammon (Thailand)
Tempat Ketiga: Sequinox (Singapura)

Hearthstone (Wanita)
Juara: Yukiusagi (Indonesia)
Naib Juara: Wolfsbanee (Singapura)
Tempat Ketiga: Sookwan (Malaysia)
Tempat Ketiga: Caracute (Filipina)

Starcraft II
Juara: Enderr (Filipina)
Naib Juara: Meomaika (Vietnam)
Tempat Ketiga: Lobo (Singapura)
Tempat Ketiga: StrikE (Thailand)

Vainglory
Juara: Impunity (Singapura)
Naib Juara: Elite 8 (Indonesia)
Tempat Ketiga: Soda Chanh (Vietnam)
Tempat Ketiga: Phoenix (Malaysia)

JomGaming mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil-wakil Malaysia yang akan membawa Jalur Gemilang ke China kelak. Semoga berjaya membawa pulang kejayaan membanggakan ke tanah air nanti!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini 12 Game Dengan Bilangan Pemain Paling Ramai Sepanjang Hayat PS4, Didedahkan Secara Tak Sengaja Oleh Sony

Trailer Live-Action Baru Life is Strange 2: Episode 2 Dikeluarkan, Tarikh Pelancaran Diumumkan