Voidwalker, di mana void dimaksudkan dengan ruangan yang tiada jisim dan dipenuhi dengan kekosongan serta kegelapan tidak mengira masa atau tempat. Manakala walker iaitu bermaksud berjalan membuat Voidwalkers sebuah makhluk yang boleh merentasi masa dan ruangan.

Voidwalker adalah kuasa yang mampu membuat karakter berjalan menempuhi masa dan ruangan ataupun mengambil separa nyawa lawannya untuk buff diri sendiri, ada juga yang menggunakan kuasa gelap ini untuk membawa pihak lawan ke ruangan kekosongan di mana tiada erti kehidupan di dalam dimensi tersebut. Sering kali voidwalkers adalah kuasa yang dipelajari oleh kaum ‘Warlocks’ atau sihir #WarlockMasterRace

Di bawah adalah 6 jenis karakter Voidwalker yang boleh dijumpai dalam game-game yang boleh dimainkan pada masa sekarang.

1. Apex Legends

Wraith merupakan antara karakter yang berada dalam pilihan untuk dimainkan ketika Apex Legends dilancarkan. Event terbaru dinamakan ‘Voidwalker’ menunjukkan cerita masa lampau Wraith bagaimana dia boleh menggunakan kuasa void untuk membuka portal serta berlari di dalam dimensi tanpa mengira masa dan ruangan.

Wraith atau nama sebenarnya Renee Blasey berasal dari planet Typhon berumur 27 tahun ketika diperkenalkan kisah masa silamnya dan kini berada di dalam arena Battle Royale Apex Legends.

2. Destiny

Warlock merupakan antara 3 class hero yang boleh dipilih dalam Destiny. Voidwalker adalah antara sub-class yang boleh dimainkan selain sub class solar dan arc. Seorang warlock boleh mempelajari ilmu void ini dengan level-up kepada 3 jenis tree style yang tersedia ada. Warlock Vanguard, Ikora Rey juga merupakan seorang Voidwalker.

Void bukanlah kegelapan (darkness) ataupun light, void hanyalah energi yang tiada jisim yang mampu menghancurkan dan mengambil energi daripada pihak lawan untuk kegunaan sendiri.

Voidwalkers dalam Destiny mampu menggunakan kuasa void untuk ‘blink’ iaitu lompatan yang merentasi ruangan dan masa seketika untuk teleport ke hadapan. Kuasa super Novabomb dan Novawarp juga boleh hancurkan pihak lawan. Manakala ada yang menggunakan hand-held supernova sebagai bomb untuk yang membolehkan menaikkan balik nyawa selepas mengambil nyawa pihak lawan.

3. Final Fantasy

Kaum Voidwalker boleh dilihat dalam francais Final Fantasy (FF) seperti FF8, FF9 dan FF14.

Dalam FF9 dan FF Tactics, Provenance adalah kawasan misteri di luar rintangan dimensi yang digunakan oleh Voidwalkers untuk menyerang Vana’diel di mana kristal boleh dijumpai dan lokasi di mana kemuncak jalan cerita Voidwatch berlaku. Ia adalah kawasan yang sangat kecil yang mengandungi hanya empat medan pertempuran serta merupakan “lobi” untuk pemain boleh bersiap sedia untuk berperang dan berehat kemudian.

Dalam FF14 pula, Voidwalker adalah salah satu boss di dalam raid yang merupakan ‘Sin Eater’ yang pertama dari Eden (Lore FF8). Boss Voidwalker ini menggunakan ‘void’ sebagai kuasa gelap di mana pemain harus membunuhnya untuk kembalikan ‘light’ ke dunia ini supaya element antara kegelapan dan kecerahan berada di dalam keadaan yang seimbang. Kuasa gelap dan kecerahan bukanlah bermaksud jahat lawan baik, ia hanya harus berada di tahap yang sama.

4. Darksiders

Selain game yang telah disebut di atas, Voidwalker merupakan Gauntlet yang membenarkan pemain merentasi antara dua point dengan membina 2 portal di atas pad tertentu.

Menggunakan teknik tersebut merupakan cara jalan untuk melawan Tower Guardian, menyelesaikan teka-teki Black Throne dan mengalahkan Straga. Dengan tambahan Phasewalker pula, ia dapat membuka portal yang dapat merentasi masa.

5. League of Legends

The Void adalah manifestasi ketiadaan yang tidak diketahui yang terletak di ruangan luar. Kuasa void dipenuhi kekuatan kelaparan yang tidak pernah puas. The Void merupakan kawasan yang diidami oleh Cho’Gath, Kassadin, Kai’sa, Kha’Zix, Kog’Maw, Malzahar, Rek’Sai dan Vel’Koz

Manusia yang ingin sentuh kuasa ini akan melalui kesengsaraan akan ketidakpercayaan abadi, cukup untuk memecahkan fikiran terkuat. Mereka yang tinggal di alam Void sendiri dicipta secara tersendiri ditugaskan dengan tujuan tunggal — untuk menghantarkan jumlah kelalaian di seluruh Runeterra.

6. World of Warcraft

Voidwalker dari WoW adalah antara Voidwalker yang paling awal diperkenalkan dalam dunia video game.

Voidwalkers adalah jenis makhluk yang tidak berjisim. Makhluk berbentuk besar yang tidak mempunyai bentuk yang tetap berwarna biru dan ungu. Mereka berlegar ke dalam kebimbangan ke dalam hati. Walaupun tidak mempunyai badan dan daging, mereka masih mempunyai jiwa. Dipenuhi dengan kemarahan dan kebencian, ada kala Voidwalker adalah perkara terakhir seseorang bertemu sebelum menyeberang ke alam kematian.

Voidwalkers tidak takut dengan rasa sakit, membuat mereka digeruni oleh Warlocks. Menyentuh Voidwalkers ibarat dibakar frostbite dan genggaman mereka cukup kuat untuk menghancurkan tulang menjadi serbuk. Walaupun mereka bukan syaitan, mereka sering dirujuk sebagai itu disebabkan sifat mereka yang sentiasa dipenuhi kebencian dan kejahatan. Mengalahkan Voidwalker boleh dijadikan ‘makhluk peliharaan’ kepada Warlocks. Comel, kan?

Kalau ada lagi Voidwalker yang kami terlepas daripada senarai ini, bolehlah ceritakan kepada kami di dalam ruangan komen!

JomKomen!