Semalam, Sony secara rasminya telah mengumumkan nama rasmi yang bakal digunakan untuk konsol generasi seterusnya daripada mereka, iaitu PlayStation 5, serta waktu pelancarannya.

Susulan daripada pengumuman tersebut, beberapa temu bual pihak Sony bersama media telah diterbitkan, yang mana daripada temu bual tersebut, pelbagai info dan perkembangan terbaru telah dikongsikan. Jangan risau tentang kesahihan info ini kerana ia semestinya datang daripada mulut rasmi Sony, bukannya sebarang khabar angin.

Artikel ini dikumpul dan diringkaskan dari temu ramah di WIRED dan Famitsu. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok apa yang ada.

1. Mula Mengacah UI

Semestinya paparan antaramuka (user interface – UI) untuk PS5 bakal berwajah baharu.┬áSony sudahpun mula berkongsi sedikit gambaran tentang bagaimana UI untuk PS5 akan kelihatan.

PS5 kelak akan memaparkan lebih banyak info dan memberikan lebih idea tentang apakah yang sedang berlaku terhadap sesebuah game yang telah dimiliki. Kata Sony:

“Walaupun ia akan membuka game dengan pantas, kami tak mahu pemain bukan game, lihat apa yang ada, buka game, lihat apa yang ada. Server game multiplayer akan menyediakan konsol dengan beberapa set aktiviti yang boleh disertai terus secara langsung (real-time). Game single-player akan menyediakan info seperti apakah misi yang kamu boleh lakukan dan apakah ganjaran yang kamu akan dapat dengan melengkapkannya — dan semua pilihan itu dapat dilihat melalui UI [menu PS5]. Sebagai seorang pemain kamu hanya terus melompat ke sesuatu yang kamu suka.”

2. Muat-Turun Game Dengan Sangat Pantas

Di kala zaman ini, game semakin lama semakin menyajikan sebuah game yang lebih besar dan grafik yang lebih memukau. Apabila semua ini digabungkan, ia pastinya didatangkan bersama fail game yang besar. Maka, semestinya Sony tidak mahu membantutkan pengalaman gaming dengan mengambil masa yang terlalu lama untuk memuat-turun sesebuah game.

Kata pihak Sony: “Secara amnya, kita sedang melihat GPU yang mampu untuk menguasakan pembelajaran mesin untuk banyak perkara tentang teknologi yang menarik dan tools lain. Kita sedang memasuki ke generasi yang seberapa pantas. Dalam game mobile, kita jangkakan sebuah game dapat dimuat-turun dalam beberapa saat, dan hanya beberapa langkah sebelum terus masuk ke dalamnya. Kini kami boleh melakukannya dengan cara yang besar.”

Semestinya kelajuan internet yang digunakan untuk memuat-turun juga memainkan peranan. Menggunakan internet yang perlahan pastinya tidak mampu untuk menyokong teknologi ini.

3. Perkembangan Backwards Compatibility

Bulan Mei lalu, Sony mengesahkan bahawa fungsi backwards compatibility akan ditampilkan dalam PS5. Bagi yang tidak tahu, fungsi ini bermakna di PS5 kelak, kita bakal mampu bermain game-game PS4 (disk), dan akan ada juga cross-gen-play — iaitu pemain PS4 akan boleh main bersama pemain PS5.

Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, fungsi ini mungkin tidak seindah seperti kita bayangkan. Hal ini kerana nampaknya bukan semua game PS4 akan boleh dimainkan di PS5 kelak, dan para pembangun pada ketika ini sedang berusaha untuk memastikan fungsi ini akan berjalan secara 100%.

Kata Sony: “Buat masa ini, pasukan pembangun sedang meletakkan kesemua kuasa untuk mengesahkan sama ada mereka mampu melakukan [backwards] compatibility secara sepenuhnya. Sila nantikan info lanjut.”

4. Sokongan Ray-Tracing

Sony telah mengesahkan bahawa PS5 bakal membawakan sokongan ray-tracing berdasarkan hardware. Apakah itu?

Ray-tracing ialah sebuah teknologi yang membenarkan cahaya dan efek bunyi yang kompleks di-render dalam ruang 3D. Lebih melegakan apabila teknologi ini adalah berdasarkan hardware, maka tiada sebarang limitasi terhadap software. Kata Sony: “Akan ada pemecutan ray-tracing dalam hardware GPU, yang mana saya percaya ia adalah kenyataan yang ramai mahukan.”

5. Pemain Blu-Ray 4K

Sony mengesahkan bahawa PS5 kelak bakal boleh dijadikan sebagai pemain yang boleh memainkan disk-disk blu-ray yang beresolusi 4K. Peminat filem-filem yang beresolusi 4K serta pemilik 4K TV pasti bergembira dengan berita ini.

6. Controller Baru

Selain dua teknologi baru (haptic feedback dan adaptive triggers) yang telah diumumkan untuk controller PS5, ada beberapa info lain yang dapat kita ketahui.

Pengecasan controller tersebut akan menggunakan USB Type-C, ia akan lebih berat daripada DualShock 4 (controller PS4) tapi lebih ringan daripada controller Xbox One, dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama.

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun 2020.

Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya seperti harga, rekabentuk fizikal konsol dan controller serta senarai game yang akan tersedia semasa pelancaran kelak.

JomKomen!