in , , ,

6 Game Esports Yang Akan Dipertandingkan Dalam Sukan SEA 2021 Vietnam Diumumkan

Enam buah game esports yang akan dipertandingkan dalam Sukan SEA pada tahun hadapan di Hanoi, Vietnam telah diumumkan.

Game-game tersebut ialah Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, Hearthstone, FIFA Online 4, Arena of Valor dan Starcraft II. Perkara ini didedahkan oleh akaun Twitter Team Malaysia. Walaupun tweet tersebut menyatakan hanya ‘Starcraft’, namun kami yakin bahawa game sebenarnya yang dipertandingkan ialah Starcraft II.

Sebagai perbandingan, dalam edisi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina, enam game yang dipertandingkan ialah Dota 2, Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor, Tekken 7 dan Hearthstone.

Seperti yang dapat kita lihat, hanya 4 game yang kekal dipertandingkan iaitu Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor dan Hearthstone; manakala Tekken 7 dan Dota 2 telah digantikan dengan Free Fire dan FIFA Online 4.

Boleh dikatakan kami sedikit terkejut apabila melihat senarai game yang dipilih oleh tuan rumah ini yang tidak menyenaraikan Pro Evolution Soccer (PES) sebagai salah satu game yang dipertandingkan, memandangkan Vietnam merupakan sebuah negara gergasi dalam arena PES.

JomBaca: PES SEA Finals 2019: Tembok Dominasi Vietnam Berjaya Dipecahkan Pemain Muda Dari Indonesia

Bagi kontinjen Malaysia pula, kita nampaknya berpeluang untuk mempertahankan pingat emas dalam game Hearthstone, yang mana pada tahun lalu, acara itu telah dimenangi oleh Yew Weng Kean — sekaligus menobatkan beliau sebagai pemenang pingat emas esports pertama di Sukan SEA oleh Malaysia Book of Records.

Apa pula game yang mampu menyumbangkan pingat kepada negara pada tahun hadapan? Semoga skuad negara membuat persiapan yang rapi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lenovo Legion 5 – Adunan Minimalis Dan Prestasi

Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ghost of Tsushima Menang Game Pilihan Peminat Sebelum Acara Kemuncak The Game Awards