Waktu terbaik untuk mendapatkan game-game hebat Batman secara percuma!

Epic Games sedang memberikan enam game Batman secara percuma. Dua trilogi diberikan yang mana kedua-duanya mengumpulkan tiga game setiap satu trilogi.

Trilogi pertama ialah Batman: Arkham Collection, mengumpulkan tiga game Batman yang dibangunkan oleh Rocksteady — Arkham Asylum, Arkham City, and Arkham Knight.

Trilogi kedua pula ialah Lego Batman Trilogy yang mengumpulkan Lego Batman, Lego Batman 2: DC Super Heroes, dan Lego Batman 3: Beyond Gotham.

Semua ini boleh didapati di Epic Games Store. Dapatkannya sekarang kerana ia merupakan tawaran dalam waktu terhad yang hanya berlangsung selama seminggu.

JomKomen!