Antara kontroversi terbesar dalam dunia gaming pada tahun ini ialah jalan cerita The Last of Us Part II yang tertitirs beberapa bulan sebelum pelancaran. Bertitik tolak daripada ketirisan ini, ramai yang sudah terus membenci game ini jauh lebih awal sebelum game ini dilancarkan lagi.
Enam bulan selepas ia dilancarkan, Sony dan Naughty Dog nampaknya tidak lagi mahu ‘menjaga’ jalan ceritanya apabila mereka telah mengeluarkan sebuah trailer baharu yang penuh dengan spoiler.
Daripada video ini, kita dapat lihat bagaimana yang ia memfokuskan kepada watak Abby sebagai salah seorang karakter yang boleh dimainkan selain Ellie, tidak mengutamakan Joel, mengetahui dua kisah daripada dua perspektif berbeza, konflik-konflik penting yang terjadi dalam game — yang mana semua ini ketika awal pelancaran dahulu merupakan satu topik yang sangat sensitif untuk dibicarakan.
Korang boleh saksikannya di bawah:
The Last of Us Part II kini boleh dimainkan di PS4, serta di PS5 melalui fungsi backward compatibility.
Comments
Loading…