in , , , , , ,

6 Benda Yang Korang Perlu Tahu Tentang Gimik Season 5 Yang Sedang Huru-Harakan Dunia Fortnite Sekarang

Dunia Fortnite semakin cacamarba sekarang!

Sebelum bermulanya Season 4 dalam Fortnite, kita telah diperacahkan dengan pelbagai gimik meteor yang akan menghentam dunia Fortnite. Kini, menjelang beberapa hari sahaja lagi sebelum Season 5 membuka tirai, kita sedang disajikan dengan pelbagai gimik baru yang akan meraikan tema baru dalam Fortnite Battle Royale.

Apa Tema Untuk Season 5?

Kalau Season 4 membawakan tema adiwira, apa pula tema yang akan ditampilkan ke dalam Season 5 nanti?

Buat masa ini, Epic Games tidak mendedahkan apakah tema yang akan dibawakan ke dalam musim baru ini nanti, tapi daripada gimik yang telah diperacahkan setakat ini, ramai peminat menjangkakan yang ia akan bertemakan sesuatu yang ada kena mengena dengan mesin time travel.

Setelah roket dilancarkan pada minggu lalu, ia telah menimbulkan satu retakan gergasi di langit, seolah-olah dunia Fortnite akan pecah, diserang oleh makhluk asing yang ada kaitan dengan time travel.

Dunia Fortnite Yang Semakin Aneh

Setelah mempunyai retakan gergasi itu, dunia Fortnite ini umpama persekitaran yang telah terdedah kepada ancaman bahaya, dah pelbagai objek-objek aneh telah hilang dan muncul secara tiba-tiba.

Patung tomato di Tomato Town dan burger hiasan di Greasy Groove telahpun hilang dari game. Kemudian, ada pula kereta kuda dari zaman lampau muncul tiba-tiba dalam game.

A Carriage Has Just Appeared! (VIDEO) from FortNiteBR

Semua objek-objek yang hilang/muncul ini, pasti ada satu aura seperti magik yang menyelubungi objek tersebut – elemen yang sama seperti apa yang kita lihat pada retakan gergasi di langit itu.

Muncul Di Dunia Sebenar

Epic Games telah mencipta satu gimik yang cukup luar biasa. Bukan sahaja gimik dalam game, malah mereka membawakan beberapa objek yang hilang dari Fortnite ini ke dunia sebenar. Ya, dunia sebenar, korang bacanya dengan betul.

Objek ini seolah-olah spawn di kawasan-kawasan di seluruh dunia secara rawak, menguatkan lagi teori time travel itu tadi. Burger hiasan di Greasy Groove telah muncul di tengah-tengah kawasan padang pasir di California, Amerika Syarikat dan Llama pula telah muncul di kawasan awam di beberapa negara Eropah.

Ini apa yang peminat telah temui. Mungkin ada objek lain yang telah spawn di dunia sebenar yang masih belum ditemui?

Look what I found. from FortNiteBR

Poster Rasmi

Malam tadi, iaitu kira-kira tiga hari sebelum Season 5 dilancarkan, Epic telah secara rasmi ‘memperacah’ pemain dengan poster Season 5 yang pertama. Ia mengatakan ‘Worlds Collide’ (Pelbagai Dunia Bertembung), serta memuatnaik gambar kepala kucing. Para peminat mula membincangkan apakah makna di sebalik gambar kepala kucing ini — ada yang mengeluarkan teori ia adalah salah satu dewa ketika zaman Mesir Purba, roh musang dalam mitos Jepun dan macam-macam lagi.

Tema Pelbagai Zaman

Daripada segala info yang kita ada sekarang ini, kami merasakan yang Season 5 dalam Fortnite nanti akan membawakan tema pelbagai era ke dalam satu dunia yang sama. Mungkin bakal ada era koboi, Mesir Purba, zaman pertengahan Jepun, lanun dan bermacam lagi era zaman dahulu yang akan dikumpulkan ke dalam satu musim baru yang menarik.

Tarikh Mula Season 5

Epic Games telahpun mengumumkan sebelum ini yang musim baru ini akan bermula pada 12 Julai iaitu pada hari Khamis ini. Ia akan dilancarkan secara serentak di semua platform yang ada – PC, PS4, Xbox One, iOS dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pendaftaran Untuk WESG Pusingan Kelayakan Asia Tenggara Kini Telah Dibuka – Masa Untuk Harumkan Nama Malaysia!

Tencent Bakal Bawakan Pesaing Steam, WeGame Ke Pasaran Seluruh Dunia