Ini betul-betul, bukan cobaan!
Pertama kali berita ini sampai kepada kami, ia membuat kami terduduk dan tercengang. 514 kills dalam satu round? Mustahil!
Seperti yang dilaporkan oleh BF4Central, seorang streamer, Brekk1e telah memecahkan rekod Battlefield 4 dengan 514 kills berbalas 67 deaths. Sekiranya korang masih tidak mempercayai, jangan risau, setiap kills yang beliau lakukan tersemat kemas dalam video di bawah:
Round tersebut telah dimainkan di platform PC dalam server yang telah diubahsuai dengan beberapa rules yang dicipta sendiri. Pemain hanya dibenarkan untuk menggunakan pistol sehingga berjaya mencecah 100 kills, kemudian barulah server itu akan membenarkan pemain tersebut memakai weapon-weapon yang lain. Melalui rules sebegitu, ia (mungkin) membuatkan Brekk1e lebih mudah membunuh pemain lain yang masih lagi menggunakan pistol, apabila beliau telah mencecah 100 kills.
Round tersebut telah dimainkan di Operation Locker dengan tiket bermula pada 3200, sebuah setting yang boleh dikatakan setting yang paling mudah untuk mendapatkan banyak kills (penulis masih cuba untuk menerima hakikat).
Penulis secara peribadi pernah memainkan setting seperti ini (tapi tidak suka kerana ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk dihabiskan), dan kills paling tinggi yang pernah penulis jumpa mungkin sekitar 200. Berjaya mendapat 514 kills dalam satu round adalah sesuatu yang tak tercapai dek akal. Apatah lagi apabila ia dimainkan selama 1 jam 22 minit tanpa henti! Sungguh gigih!
Jadi, korang sudah habis menonton video tersebut? Sudah boleh menghadamnya? Penulis masih lagi bingung memikirkannya.
Korang biasa memainkan Operation Locker dengan 3200 tiket? Berapa kills paling tinggi pernah korang dapat? Kongsikan dengan kami.
JomBaca: EA Sahkan Battlefield Baru, Di-Develop DICE Akan Keluar Akhir Tahun!
Comments
Loading…