Reload adalah sebuah mekanik yang sudah ada lama dalam game genre shooter, tak kira sama ada first-person shooter atau third-person shooter. Bunyi senjata yang di-reload membangkitkan ASMR kepada pencinta senjata dalam video game.
Tapi bunyi saja tak cukup. Reload animations juga perlu mantap dan unik untuk dilihat. Ini adalah 5 senjata dengan reload animations paling style dalam video game.
1. Malorian Arms 3516 – Cyberpunk 2077
Keanu Reeves yang membawakan watak Johnny Silverhand dalam Cyberpunk 2077 sudah cukup cool. Tapi apa yang lagi cool ialah pistol hand cannon miliknya iaitu Malorian Arms 3516.
Pistol ni boleh di-reload dengan dipusingkan 360 darjah secara melintang sekali gus mengeluarkan magazin kosong dan dalam masa yang sama masukkan magazin baru untuk kembali beraksi.
2. The Running Gun – Borderlands 3
Siapa tak kenal dengan siri Borderlands, game looter shooter yang memang terkenal dengan senarai senjata yang pelik dan tak masuk akal. Terutamanya senjata dari Tediore, salah satu pengeluar senjata dalam siri Borderlands.
Keunikan senjata Tediore adalah pemain tak perlu reload magazin baru. Sebaliknya pemain perlu campak senjata tu jauh-jauh. Tindak balas akan berlaku sama ada senjata akan tumbuh kaki dan mula menembak atau terbang dan meletup.
Tapi apa yang pasti, senjata fresh akan sampai di tangan pemain. Apa barang reload magazin, baling terus saja.
3. Galleria 1991 – Far Cry 3: Blood Dragon
Lever action shotgun Galleria 1991 ini digunakan dalam DLC Far Cry 3 iaitu Blood Dragon oleh Rex “Power” Colt. Tema Far Cry 3: Blood Dragon sangat ke arah filem-filem aksi sai-fai 80-an. Rex akan melambung peluru di udara dan secara automatik masuk ke dalam shotgun.
Shotgun Galleria 1991 ni merupakan homage kepada filem Terminator 2: Judgement Day yang digunakan oleh Arnold Schwarzenegger sebagai T-800.
4. Revolver – Battlefield Hardline
Battlefield Hardline membawakan pertempuran di bandar Amerika di mana pihak berkuasa menentang pasukan jenayah terancang. Di samping gameplay yang menghiburkan, developer juga masukkan reload animation khas yang mana pemain akan dapat jumpa sekali semasa bermain.
Terdapat beberapa senjata yang mempunyai reload animation rare ini. Tapi pistol revolver yang dapat menarik perhatian. Di mana tangan pemain senang lenang memusingkan revolver sementara sebelah lagi tangan melambung peluru yang bergerak secara melintang terus masuk ke revolver.
5. Reload Spin – Max Payne 2
Apa yang lebih hebat dari memusingkan senjata? Pusingkan terus seluruh badan dan automatik magazin pada setiap senjata akan diisi sendiri. Tanpa perlu hiraukan musuh di sekeliling. Itu adalah reload spin yang dilakukan oleh Max Payne dalam Max Payne 2. Pemain akan rasa unstoppable dan masa akan berhenti sebentar sebelum kembali beraksi.
Jadi apa pandangan korang tentang relaod animations dalam game-game shooter ni? Atau korang ada pernah main game shooter yang ada reload yang lebih cooler? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…