in , ,

5 Sebab Laptop Gaming Adalah Pelaburan Gajet Berbaloi Lagi Bijak

Kenapa perlu membeli pelbagai jenis gajet untuk tujuan khusus? Kenapa tidak beli satu gajet yang boleh digunapakai untuk pelbagai tujuan?

Laptop gaming semestinya adalah ciptaan paling multifungsi dan multiguna samada untuk tujuan berlibur, belajar mahupun berkerjaya. Berikut adalah beberapa kegunaan laptop gaming yang mungkin tidak mampu dicapai smartphone, desktop mahupun laptop biasa. Jom layan!

SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN

Sebab utama kenapa laptop gaming adalah teman terbaik korang, terutamanya gamers adalah bagi tujuan bergaming! Untuk korang yang mencari game AAA hardcore – laptop gaming boleh menemani korang menikmati kepelbagaian game yang ada di muka bumi.

HP OMEN 15 yang dikuasakan AMD contohnya hadir lengkap dengan ciri-ciri yang patut ada dalam sesebuah setup yang mudah-alih dan terbina kemas. Dengan cip AMD, semestinya ianya hadir dengan harga mampu-milik! Pastinya pakej laptop gaming lebih berkuasa berbanding smartphone, dan lebih selesa digunapakai.

  • Pemproses: Sehingga AMD Ryzen 9
  • GPU: NVIDIA® GeForce RTX 3060/3070
  • Skrin: 15.6 inci, 1920×1080 dengan refresh rate 144Hz. HP juga menawarkan skrin 15.6 QHD antiglare IPS 165Hz 300 nits Narrow Border
  • Sistem Cooling: OMEN Tempest Cooling Technology
  • Audio: Sistem dwi-speaker Bang & Olufsen
  • Add-On: Perlindungan Kerosakan Dari Kemalangan selama 2 Tahun

PEMBELAJARAN ONLINE INTERAKTIF

Bergerak ke hadapan, Malaysia secara umum mula mengenali keupayaan dan kelebihan pembelajaran secara online. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa, cuma bezanya interaksi antara guru dan pelajar berlaku secara maya menerusi peranti elektronik. Jangan sakitkan mata belajar online menggunakan smartphone. Laptop pastinya lebih ergonomik dan selesa, baru lancar sedut ilmu!

Dengan gaming laptop seperti HP OMEN 15 terbaru yang dikuasakan AMD, ianya hadir dengan webcam 720p, monitor 15.6 inci dengan resolusi 1920×1080, skrin FHD 144 hz atau QHD 165hz  dan keyboard 4 zon RGB yang serasa sedap menaip — pastinya memberikan pelajar akses yang selesa semasa sesi pembelajaran.

SELESA BEKERJA DARI RUMAH ATAU DI MANA JUA

Bagi mereka yang terperap WFH (work from home), ataupun road warriors yang bekerja bergerak kesana-sini – laptop memberikan kebebasan untuk bekerja di mana-mana ruangan atau pemandangan yang memberi inspirasi dan membawa ketenangan.

Hanya seberat 2.4kg, HP OMEN 15 terbaru yang dikuasakan AMD memberikan korang kemudahan untuk beralih dari ruang kerja statik, ke-mana-mana ruang bagi mencapai keselesaan bekerja yang optimum.

MENYUNTING GAMBAR, VIDEO & MEMES

Bagi geng-geng grafik yang ingin bekerja secara produktif dan menghasilkan kerja yang memuaskan memerlukan ruang yang memberi inspirasi. Maka carilah laptop gaming berkuasa yang boleh memproses segala keperluan kerja grafik, dan cukup ringan untuk diangkat merata-rata. Barulah karya digital korang boleh terhasil dengan halaju maksimal.

Carilah laptop gaming yang kena dengan jiwa dan keperluan. Contohnya, HP OMEN 15 terbaru yang dikuasakan AMD menampilkan skrin 144Hz dengan brightness sehingga 250 nits dan colour gamut DCI-P3 sehingga 71.8%. Tak cukup? Cucukkan monitor gred profesional korang untuk jadi second monitor. 

SEGALA JENIS HIBURAN TANPA GANGGUAN LAG

Kalau kita tinggal bersama keluarga — Ayah nak tengok ceramah di Youtube, Mak nak tonton video masakan baru, Kakak nak tengok drama Korea di Netflix, Adik nak tengok kartun di Disney+ Hotstar — akhirnya kita yang nak main game online pun rasa lagging.

Tapi itu takkan terjadi kalau korang gunakan laptop yang ada WiFi 6, macam HP OMEN 15 terbaru yang dikuasakan AMD. Dengan adanya WiFi 6, korang akan mendapat sambungan WiFi, untuk bermain game online, yang lebih pantas, serta prestasi yang lebih baik, walaupun berada di dalam rumah yang ramai menggunakan sambungan WiFi yang sama.

Macam-macam ada dengan laptop gaming. Apa lagi korang boleh bikin dengan gaming laptop? Berminat nak dapatkan  HP OMEN 15 terbaru yang dikuasakan AMD ni? Korang boleh terus dapatkan HP OMEN 15 Laptop di PAUTAN ini, harga bermula dari RMRM5,349 (Ryzen 5 + RTX3060) *

*Kalau korang beli laptop OMEN ni sekarang, dapat e-baucar TouchNGo/Grab/Steamwallet bernilai RM100! Kalau korang top up beli laptop gaming HP Pavilion pulak boleh dapat e-baucar TouchNGo/Grab bernilai RM80! Peh masyuk!

GAMING PC MASIH PELABURAN BIJAK

Kebanyakan gamer masakini yang sudah stabil di alam pekerjaan mula mencari gaming desktop sebagai platform gaming harian mereka. Ada banyak sebab kenapa desktop masih menjadi platform kegemaran gamers yang lebih bijak berbelanja, tapi yang paling utama adalah kepelbagaian perkakasan yang sedia ada di pasaran memudahkan perancangan dan perjalanan upgrade.

Masih ingin menikmati pelbagai fungsi sebuah PC tanpa aspek mudahalih sebuah laptop? Maka intai-intailah  HP OMEN 25L Desktop PC yang dikuasakan AMD yang hadir dengan spesifikasi berikut:

  • Pemproses: Sehingga AMD Ryzen 7
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 30
  • Memory: Dual channel memory support 
  • Storan: WD Black PCIe TLC SSD 1TB
  • Sistem Cooling: CoolerMaster
  • Lain-lain: akses 2 user, sehingga 16 GB DDR4-3200 SDRAM (2 x 8 GB)

Untuk pencinta desktop, korang boleh dapatkan HP OMEN 25L Desktop PC di pautan ini, harga bermula dari RM7,299.

Bagi penulis yang menggunakan kedua laptop gaming dan gaming PC, ternyata keduanya mempunyai kegunaan yang berbeza bergantung kepada keperluan masa dan tujuan. 

LENGKAPKAN SATU SET

Nak dapatkan pengalaman gaming yang sempurna, kenalah dapatkan sekali aksesori OMEN yang lengkap. HP turut menawarkan dua aksesori terbaharu yang berbaloi.

Pertama, OMEN Vector Essential Mouse menampilkan sensor OMEN Radar 1 dan menyokong sehingga 7,200 dpi. Mouse yang ringan ini (88g) hanya berharga RM159.

Kedua, OMEN Blast Headset adalah headset yang sesuai untuk gaming kerana dikuasakan 7.1 surround sound — mampu dengar audio yang datang dari 360 darjah. Di OMEN Gaming Hub, gamer boleh kawal segala-galanya berkaitan audio headset ini. yang hanya berharga RM319.

Artikel ini ditaja oleh HP.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Konami Sahkan eFootball Yang Akan Dilancarkan Tahun Ini Hanyalah Sebuah Demo, Ada Elemen Macam Battle Pass

FIFA 22: Pro Clubs Boleh Cipta Karakter Pemain Wanita, Ubahsuai Stadium, Padang