Apabila bulan November mula menjelma, majlis Microsoft XO kembali lagi, tahun ini diadakan di Mexico City.
Sudah pasti akan ada beberapa pengumuman dari Microsoft XO18. Tapi di sini, penulis menghimpunkan lima pengumuman yang konon-konon mungkin akan diumumkan di Microsoft XO18:
1. Crackdown 3
Game Crackdown 3 yang sudah beberapa kali ditunda telah menerima tanggapan yang negatif daripada peminat yang menantikannya. Crackdown 3 perlu mendapatkan semula keyakinan dan tanggapan yang positif daripada peminat melalui pengumuman akan datang dan di mana lagi tempat yang sesuai kalau bukan di Microsoft XO18.
Salah satu ciri yang ditekankan dalam game ini ialah teknologi cloud-based destruction. Tapi apa yang mengecewakan adalah developer Sumo Digital tidak menunjukkan sebarang maklumat terperinci mengenai ciri itu. Namun apa yang pasti adalah Sumo Digital telah menjelaskan bahawa teknologi itu akan ada hanya dalam mode multiplayer.
Jika Crackdown 3 akan membuat kemunculan di XO18, penulis mengharapkan pengumuman Crackdown 3 di Microsoft XO18 akan mempersembahkan semua perkara yang kita semua mahu tahu seperti single-player, multiplayer dengan ciri cloud-based destruction.
2. Game terbaru dari Ninja Theory
Salah satu perkara yang diumumkan di E3 2018 oleh Microsoft adalah jumlah pengambilalihan studio. Lima studio kini sedang menghasilkan tajuk-tajuk akan datang dan Ninja Theory adalah satu satu darinya.
Microsoft Xbox One sangat memerlukan lebih dari satu game eksklusif yang akan diumumkan di XO18. Dan jika satu sahaja yang diumumkan, Ninja Theory berada di posisi yang sesuai untuk mengumumkan projek terbaru mereka yang eksklusif untuk Xbox One. Kita mahu melihat mereka menerbitkan sebuah lagi game yang mempunyai kualiti yang sama hebat seperti Senua’s Sacrifice.
3. Pengambilalihan studio Obsidian Entertainment
Bercakap mengenai pengambilalihan studio, kenapa Microsoft mengambil hanya lima studio jika mereka boleh menambahnya lagi? Developer siri Pillars of Eternity, Obsidian Entertainment mampu menambah kekuatan dalam jenama Xbox.
Jika Microsoft memerlukan game RPG berkualiti tinggi dalam koleksi-koleksi Xbox One, Microsoft boleh memulakan langkah dengan memperoleh studio seperti Obsidian, memandangkan mereka lebih mahir dalam menghasilkan video game bergenre RPG. Ini kerana Microsoft sekarang perlu fokus kepada satu tujuan iaitu menarik minat seberapa ramai gamers dengan membina koleksi-koleksi game Xbox One mereka.
4. Kandungan untuk Sea of Thieves dan State of Decay 2
Salah satu pengumuman yang dinanti-nantikan adalah kandungan terbaru dari Sea of Thieves dan State of Decay 2. Walaupun Sea of Thieves mempersembahkan dunia yang menarik dan konsep multiplayer yang bagus. Namun, kandungan yang ditawarkan sedikit kureng dan tidak dapat menarik minat pemain.
Kandungan yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Forsaken Shores tidak cukup bagi gamers, dan mereka mahukan lebih lagi. Apa yang mereka mahukan adalah mode dan kandungan masa depan yang berubah-ubah.
Bagi State of Decay 2 pula, sebuah expansion mungkin boleh memberi manfaat kepada pemain untuk kembali semula ke dalam dunia yang dipenuhi dengan zombi. State of Decay 2 juga menghadapi perkara yang sama seperti Sea of Thieves di mana walaupun pengalaman bermainnya menyeronokkan, namun, ia kekurangan asas yang kukuh yang boleh menjadikan game ini berasa lengkap.
5. Kandungan baru dan map baru dari PUBG
PUBG ialah game yang eksklusif untuk konsol Xbox One. Walaupun pada awal permulaan, ia mendapat populariti yang tinggi, namun kini ia semakin pudar apabila PUBG mendapat persaingan yang kuat dari game lain bergenre battle royale.
Jika PUBG mahu mengekalkan takhtanya sebagai peneraju dalam game bergenre battle royale, majlis XO18 akan menjadi tempat yang sesuai untuk PUBG Corp. mempersembahkan apa yang terbaru dari mereka dan salah satunya adalah map baru yang berlatarbelakangkan salji.
PUBG perlu meningkatkan tahap usaha mereka untuk bersaing dengan game seperti Fortnite dan mode Blackout dari Call of Duty Black Ops 4 dengan mengadakan acara berjadual dan ciri-ciri khas.
Comments
Loading…