in

5 Kereta Kebal Terbaik Dalam Game Sepanjang Zaman!

Tahukah anda, tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-100 penciptaan kereta kebal? Boom, boom, boom!

battlefield
Sumber gambar: Berduu

Kereta kebal, atau lebih popular dengan nama main battle tank merupakan antara penciptaan mesin atau kenderaan paling berpengaruh dalam sejarah ketenteraan. Melalui penciptaan kereta kebal, ia adalah game changer kepada dunia peperangan moden.

Kereta kebal pertama kali berjalan di atas muka bumi ini adalah tepat pada 6 September 1915 apabila prototaip pertamanya telah dicipta dengan panggilan “Little Willie“. Namun, ia berakhir dengan penuh kegagalan. Segala tugas asas sebagai sebuah kereta kebal nampaknya gagal apabila ia sentiasa tersangkut di parit, bergerak dengan kelajuan yang sangat perlahan, dan overheat dengan terlalu cepat.

5 bulan kemudian pada, kegagalan “Little Willie” telah membawa kepada penciptaan “Big Willie“, di mana kali ini, ia kelihatan lebih kental dan mampu mengaum di medan perang. Dengan menamakannya “Mark l” oleh pihak British, ia secara rasminya merupakan kereta kebal pertama yang beraksi dalam sejarah peperangan, di mana ia telah digunakan di Battle of the Somme, Perang Dunia Pertama, pada tahun 15 September 1916.

tank
Mark I, kereta kebal pertama yang bertempur di medan perang.

Justeru, bersempena dengan ulang tahun ke-100 kereta kebal pertama kali beraksi dalam sejarah panjang ketenteraan pada tahun ini, kami di JomGaming ada sediakan artikel khas untuk anda. Jom kita tengok, 5 kereta kebal terbaik dalam game sepanjang zaman!

5. Scorpion: Halo

halo

Apabila berbicara tentang kereta kebal, tidak sah kalau kita tidak sebutkan kereta kebal futuristik dari Halo ini. Apa yang menarik tentang Scorpion ini, walaupun bersifat futuristik, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri kereta kebal oldskool dengan bentuk dan gayanya.

JomBaca: Halo: Main Muzik Menu Dari Game Halo Menggunakan Browser!

4. Rhino: Grand Theft Auto

gta

Rhino adalah nama rekaan yang diciptan dalam siri Grand Theft Auto (GTA), di mana ia pertama kali diperkenalkan dalam GTA lll. Jika anda mendapat 5 bintang wanted level dalam GTA V, pihak tentera akan deploy “raksasa” ini dengan penuh agresif.

https://www.youtube.com/watch?v=qY2k-2KULnw

Ia tidaklah begitu laju untuk mengejar anda yang sedang cuba lari daripada wanted level ini, namun jika Rhino sudah ada berdekatan, anda memang dah tiada peluang untuk lari! BOOM! WASTED!

JomBaca: 15 Perkara Kecil Buatkan GTA IV Lebih Baik Daripada GTA V

3. T-34-85: Call of Duty: World at War

cod

Tidak sah berbicara tentang Perang Dunia Kedua kalau tidak menyebut tentang kereta kebal dari Rusia ini. Pada era itu, ia bukanlah antara kereta kebal yang mempunyai armor dan firepower sehebat kereta kebal yang dimiliki oleh Jerman. Namun, dengan memiliki kelajuan yang pantas, ia sentiasa mempunyai kelebihan dalam pertempuran.

OT-34-85 dapat dimainkan dalam mission ke-8 COD: WaW, iaitu “Blood & Iron”. Dalam mission ini, pihak Rusia sudah bersedia untuk merempuh Seelow serta dalam perjalanan untuk ke Berlin. Seterusnya, cerita dilanjutkan dengan Dimitri Petrenko membawa kereta kebal T-34-85 ini.

JomBaca: Presiden Sony dan CEO Square Enix Berentap dalam Call of Duty : Black Ops 3!

2. Tank Destroyer: Battlefield 3

battlefield

Tank Destroyer merupakan sebuah kereta kebal yang diletakkan di bawah kelas Light Tanks – satu kelas di bawah Heavy Tanks. Tank Destroyer dikeluarkan dalam DLC ketiga Battlefield 3 (BF3), Armored Kill. Dua model Tank Destroyer yang digunakan dalam game ini adalah M1128 dan SPRUT-SD, masing-masing digunakan untuk setiap satu pihak, iaitu US dan Rusia.

Secara teknikal, Tank Destroyer tidaklah mempunyai armor dan firepower sebaik kereta kebal default yang terdapat dalam BF3. Tetapi, dengan bentuk dan rekaannya yang lebih ringan dan laju, dan bermain dalam map-map yang mempunyai keluasan yang sangat, sangat besar – ia membuatkan Tank Destroyer mudah serta pantas untuk bergerak dari satu objektif ke objektif yang lain.

JomBaca: Battlefield 5 Akan Bertemakan Perang Dunia Pertama!?

1. T-90A: Siri Battlefield

battlefield

Apa lagi nak dikatakan tentang kereta kebal ini. Kekebalan, kekentalan dan kekuatan kereta kebal ini tidak dapat disangkal lagi dan ia telah dipersetujui oleh ramai pakar bahawa T-90A merupakan antara kereta kebal terbaik yang ada dalam dunia kini.

T-90A muncul dalam banyak siri Battlefield, antaranya Battlefield: Bad Company 2, Battlefield 3 dan Battlefield 4. Jika kereta kebal ini jatuh ke tangan pemain yang handal, dan dibantu pula dengan rakan sepasukan yang bekerjasama dengan baik, malapetaka akan menghantui pihak musuh. “Unstoppable” kata Mat Salleh.

JomBaca: 514 Kills Dalam Satu Round, Pemain Ini Pecahkan Rekod Battlefield 4!

battlefield-legacy-operation

Sebagai peminat tegar siri Battlefield, walaupuan tidaklah sehandal mana mengemudikan kereta kebal, penulis lebih banyak menghabiskan masa di dalamnya berbanding kenderaan lain atau berjalan kaki. Kereta kebal adalah war machine paling digemari penulis.

Kereta kebal merupakan penciptaan ketenteraan yang menggambarkan kejituan, kekuatan dan ego semasa di medan perang. Teknologinya sehingga kini masih lagi berkembang dan penulis tidak sabar menantikan apakah beast ini mampu lakukan di masa hadapan.

https://www.youtube.com/watch?v=zTna-q2kMHY

Kereta kebal dalam game pilihan JomGaming dah pun kami dedahkan. Bagaimana pula dengan anda? Adakah sama dengan pilihan kami? Atau anda mempunyai pilihan yang lebih baik? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: 11 Games Yang Bakal Menggegar Mac 2016!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Star Ocean 5: Info Terbaru Mengenai Antagonis, Dungeon dan Skill Miki & Anne!

Doom: Tarikh Beta Tertutup Diumumkan! Trailer Multiplayer Masyuk!