Bulan Ogos kita dah disajikan dengan game seperti Armored Core 6 dan Baldur’s Gate 3. Bulan ni game apa akan keluar? Ini adalah 5 games yang bakal keluar pada September 2023.
1. Starfield (6 September) (Xbox Series X / S, PC)
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Bethesda bakal keluarkan game Starfield. Sebuah game open-world RPG dengan tema penjelajahan angkasa lepas. Ia akan menjadi IP terbaru dari Bethesda dalam tempoh 25 tahun. Cabaran dan debaran dapat dirasakan kerana ramai nak tahu benda baru apa yang akan ditawarkan dalam Starfield nanti.
Atau adakah ia hanya sekadar “Skyrim in space”? Sama-sama kita nantikan. Starfield akan dikeluarkan pada 6 September untuk Xbox Series X dan S dan PC.
2. Cyberpunk 2077: Phantom Liberty (26 September) (PS5, Xbox Series X/S, PC)
Cyberpunk 2077: Phantom Liberty merupakan DLC kepada game utama. Dalam Phantom Liberty, korang akan kembali sebagai V dalam pengembaraan spy-thriller untuk menyelamatkan Presiden NUS. Pemain juga perlu berhadapan dengan pelbagai pihak berbahaya dan mempunyai agenda masing-masing.
Cyberpunk 2077: Phantom Liberty akan dikeluarkan pada 26 September untuk PS5, Xbox Series X dan S dan PC.
3. Mortal Kombat 1 (19 September) (PS5, Xbox Series X / S, Nintendo Switch, PC)
Taring pahlawan kembali diasah dalam Mortal Kombat 1. Ini merupakan game ke-12 dalam siri Mortal Kombat. Namun, Mortal Kombat 1 lebih ke arah soft reboot. Ia akan membawakan beberapa fungsi tambahan seperti Invasion Mode. Pengalaman RPG ini membolehkan pemain boleh level up karakter dan dapatkan loot terbaik dalam map baharu yang boleh diterokai.
Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September untuk PS5, Xbox Series X dan S, Nintendo Switch dan PC.
4. Lies of P (19 September) (PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X / S, PC)
Genre Soulslike sudah dikenali dalam kalangan gamers. Dan kita sememangnya dahagakan game mencabar seperti Dark Souls dan Elden Ring. Lies of P mempunyai estetik Lovecraftian dan gameplay hampir sama seperti Bloodborne. Tapi ia memperkenalkan mekanik baharu seperti kebolehan untuk menipu. Kebolehan tersebut juga akan menjadi teras kepada jalan cerita.
Lies of P akan dikeluarkan pada 19 September untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan S dan PC.
5. Payday 3 (21 September) (PS5, Xbox Series X / S, PC)
Payday 3 merupakan sekuel kepada Payday 2 yang telah dikeluarkan pada tahun 2013. 4 orang pemain perlu merancang untuk melakukan rompakan bank. Rompakan akan menjadi lebih lancar jika pemain menyelinap masuk dan selesaikan tugas tanpa bunyikan alarm. Kalau kantoi, siap sedia sebab pasukan SWAT lengkap bersenjata akan lakukan apa saja sampai korang tumpas.
Payday 3 akan dikeluarkan pada 21 September untuk PS5, Xbox Series X dan S, dan PC.
So game manakah yang korang nanti-nantikan? Dan sebab apa korang nak main? Kongsikan dengan kitaorang di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…