Hello guys, bulan Jun bakal tiba. Mesti korang nak tahu game baru apa yang akan keluar kan? Ni adalah 5 game yang bakal keluar pada Jun 2023.
- Trepang2 – 21 Jun – PC
Trepang2 merupakan sebuah game first-person shooter yang memerlukan pemain menggunakan kemahiran seperti bullet time untuk memperlahankan masa semasa pertempuran. Terdapat juga elemen stealth di mana korang boleh menembak lampu untuk kekal kat tempat gelap atau boleh bertukar halimunan.
Tapi apa yang pasti game ni memang gory. Trepang2 dibangunkan oleh Trepang Studios dan diterbitkan oleh Team17 ni bakal keluar pada 21 Jun untuk platform PC.
2. Final Fantasy 16 – 22 Jun – PS5
Ini merupakan installment ke enam belas dalam siri Final Fantasy. Final Fantasy 16 bakal membawa korang ke dunia Valisthea. Dunia yang dibahagikan kepada enam buah negara yang menjaga kuasa magik Crystals dan Dominants. Ketegangan antara negara mula berlaku apabila Blight mula menjajah setiap tanah.
Final Fantasy 16 yang dikeluarkan oleh Square Enix bakal keluar pada 22 Jun untuk platform PS5.
3. Street Fighter 6 – 2 Jun – PC, PS4, PS5, Xbox Series X/S
Street Fighter 6 ialah game fighting yang dikeluarkan oleh Capcom. Menampilkan tiga mode utama iaitu Fighting Ground, World Tour dan Battle Hub. Terdapat juga sistem yang dikenali sebagai Drive Gauge di mana korang perlu kreatif untuk memilih teknik mana perlu digunakan untuk mengaktifkan gauge tersebut semasa berlawan.
Street Fighter 6 akan dikeluarkan pada 2 Jun untuk platform PC, PS4, PS5, Xbox Series X/S.
4. Diablo 4 – 6 Jun – PC, PS4, PS5, Xbox Series X/S
Diablo 4 dibangunkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Merupakan installment keempat dalam siri Diablo. Menampilkan dungeons, character building yang fokus kepada loot, open world dan interaksi player versus player (PVP).
Terdapat lima kelas yang boleh korang pilih iaitu Barbarian, Sorcerer, Druid, Rogue, and Necromancer untuk korang bersedia menghadapi dunia Sanctuary selepas kebangkitan Lilith.
Diablo 4 bakal dikeluarkan pada 6 Jun untuk PC, PS4, PS5, Xbox Series X dan S.
5. Layers of Fears – 15 Jun – PC. PS5, Xbox Series X/S
Layers of Fears merupakan sebuah game psychological horror yang dibangunkan oleh Bloober Team dan diterbitkan oleh Aspyr. Korang akan mengawal seorang artis yang perlu membongkar rahsia disebalik sebuah rumah agam era Victoria. Korang perlu melakukan eksplorasi di sekitar rumah agam tersebut untuk menyelesaikan puzzles.
Layers of Fears bakal dikeluarkan pada 15 Jun untuk PC, PS5, Xbox Series X dan S.
Dah tahu game mana yang bakal korang nak beli? Atau ada game-game lain yang korang tengah tunggu? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…