in , , , , , ,

5 Game Yang Akan Dilancarkan Pada Ogos 2023

Bulan Julai meninggalkan kita dengan game-game seperti Exoprimal, Gylt dan Oxenfree 2: Lost Signals. Bagaimana dengan bulan Ogos? Ini adalah 5 games yang bakal keluar pada bulan Ogos 2023.

1. Armored Core 6: Fires of Rubicon (PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC) (25 Ogos)

Dibangunkan oleh From Software yang membawakan siri Dark Souls dan Elden Ring. Kali ni mereka membawa pemain ke dunia yang dipenuhi dengan mecha gergasi dan berbahaya. Sekuel ini juga akan menawarkan kombat yang pantas dan besar, pemain boleh ubah suai mecha kegemaran dan grafik yang lebih menyerlah.

Armored Core 6: Fires of Rubicon akan dikeluarkan pada 25 Ogos untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC.

2. Baldur’s Gate 3 (PS5, PC) (3 Ogos)

Bagi peminat game RPG, Baldur’s Gate 3 akan meninggalkan Early Access pada 3 Ogos. Menawarkan customization yang mendalam dan membenarkan pemain memilih 12 kelas utama, 46 subkelas, 11 bangsa utama dan 31 bangsa subkelas. Larian Studios juga mendakwa setiap keputusan yang dibuat oleh pemain akan memberi impak kepada jalan cerita.

Baldur’s Gate 3 akan dikeluarkan pada 3 Ogos untuk PC. Tapi untuk pemain PS5, mereka perlu menunggu sehingga 6 September.

3. Immortals of Aveum (PS5, Xbox Series X/S, PC) (21 Ogos)

Penat guna senjata api? Apa kata guna magik pula. Immortals of Aveum dibangunkan oleh Ascendent Studios dan diterbitkan oleh EA. Game ni menggunakan magik seperti peluru, menawarkan lebih dari 25 spells berbeza. Dan 80 talents yang boleh dipelajari dalam game single-player FPS ini.

Immortals of Aveum akan dikeluarkan pada 21 Ogos untuk PS5, Xbox Series X/S dan PC.

4. Sea of Stars (PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch dan PC) (17 Ogos)

Sea of Stars merupakan game indie yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Sabotage Studio. Menggunakan grafik pixel 16-bit, ia menawarkan genre klasik JRPG yang mengambil inspirasi dari game seperti Chrono Trigger dan Super Mario RPG. Terdapat sistem kombat turn-based dan jika pemain serang pada waktu tepat, pemain dapat layangkan combo yang menyakitkan ke atas musuh.

Sea of Stars akan dikeluarkan pada 17 Ogos untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch dan PC.

5. The Texas Chainsaw Massacre (PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, PC) (18 Ogos)

Bersedia untuk alami ketakutan yang mengegarkan jantung dalam The Texas Chainsaw Massacre. Dibangunkan oleh Sumo Digital dan diterbitkan oleh Gun Interactive. Game online PvP ini akan membenarkan pemain memilih sama ada nak jadi pemangsa atau mangsa. Jika pemain menjadi mangsa, mereka perlu lakukan apa sahaja cara untuk mengelak dan bersembunyi dari musuh dan mencari jalan keluar.

The Texas Chainsaw Massacre akan dikeluarkan pada 18 Ogos untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC.

Jadi apa pandangan korang tentang game-game yang bakal keluar ni? Dah tahu mana nak dapatkan dulu? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan trailer kedua filem GRAN TURISMO, di pawagam awal Ogos ini

Video PlayStation punya Project Q (streaming handheld) dah mula leaked!