Kebanyakan game-game sekarang terlalu fokus ke arah gaya grafik yang realism. Tapi kadang-kadang gamer pun nak tengok jugak kelainan grafik selain daripada realism. Sesuatu yang lebih simplistic dan artistic. Ini adalah 5 game dengan grafik seperti buku komik.
1. Forgive Me Father (2021) (PC)
Forgive Me Father ialah sebuah game retro shooter dengan tema seram. Gaya seninya mengambil inspirasi dari karya-karya H.P. Lovecraft. Ia mengabungkan elemen 2D pada model-model musuh, elemen 3D pada persekitarannya dan gaya buku komik di sepanjang gameplay. Terdapat pelbagai jenis senjata yang korang boleh gunakan dan upgrade untuk menentang monsters yang mengganas.
2. Void Bastards (2019) (PS4, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Nintendo Switch)
Void Bastards sebuah lagi game yang memfokuskan kepada grafik gaya buku komik. Game strategy shooter ini akan meletakkan korang sebagai seorang banduan yang perlu meneroka setiap stesen angkasa atau kapal angkasa untuk mencari barang-barang penting demi memastikan kapal korang boleh terus bergerak ke destinasi. Void Bastards mengambil inspirasi dari game-game seperti Bioshock dan System Shock 2. Oh ya game ni ada elemen roguelite, bersedia untuk mati banyak kali.
3. XIII Classic (2003) (PS2, Xbox, PC)
Kalau korang peminat filem seperti Jason Bourne atau Jack Reacher, korang kena main XIII. Berdasarkan dari grafik novel dari Belgium pada tahun 1984, korang bermain sebagai protagonis yang lupa identitinya dan dia diburu oleh pihak berkuasa atas kesalahan membunuh presiden Amerika Syarikat. Grafiknya yang cel-shaded dan penuh ber-style, kalau korang lakukan headshot, tiga panel komik akan tunjuk kepala musuh terkena tembakan atau letupan bom akan menggegarkan panel komik. Cuma jangan beli versi remake, main je versi original.
4. Hi-Fi Rush (2023) (Xbox Series X/S, PC)
Dihasilkan oleh Tango Gameworks dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Korang bermain sebagai seorang rockstar atau wannabe rockstar iaitu Chai dalam misinya menjatuhkan syarikat gergasi yang jahat. Dengan hanya menggunakan gitar? Chai membelasah setiap robot mengikut rentak lagu yang didendangkan di persekitaran sekelilingnya. Lagi lancar rentak gameplay, lagi tinggi combo boleh dapat. Tak lupa juga barisan karakternya yang comel dan kelakar.
5. Killer7 (2005) (PS2, PC)
Killer7 merupakan sebuah game aksi pengembaraan yang menggabungkan pelbagai jenis mekanik seperti first person on-rail shooter, third person exploration, RPG dan puzzles. Mengisahkan tentang kumpulan pembunuh upahan yang dikenali Killer7 dalam membongkar konspirasi peranan Jepun terhadap rahsia dan politik Amerika Syarikat. Terdapat juga pelbagai jenis karakter dengan kebolehan tersendiri yang korang boleh pilih.
Jadi apa pandangan korang tentang game-game grafik buku komik ini? Atau ada game-game lain dengan grafik sama yang korang dah pernah main? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…