Dengan grafik game semakin tinggi sekarang, keperluan spesifikasi untuk PC game juga tinggi. Sampai tak terkejar dengan PC atau laptop yang korang ada. Ini adalah 5 PC game yang perlukan spesifikasi rendah untuk bermain.
1. Hotline Miami (2012)
Operating System | Windows XP/Vista/7 |
Processor | 1.2GHz processor |
RAM | 512 MB |
Graphics Card | DirectX 8-compatible graphics card with at least 32MB of video memory |
Storage | 250 MB |
Jangan pandang rendah dengan grafiknya, game ni memang mencabar. Korang bermain sebagai seorang protagonis dalam menumpaskan beberapa kumpulan gangster di bandar yang dipenuhi dengan lampu neon era 80-an. Gameplay memerlukan pemain untuk memasang strategi sebelum masuk ke kawasan musuh dan tumpaskan mereka sepantas yang boleh. Tersilap langkah, mula dari awal.
2. Disco Elysium (2019)
Operating System | Windows 7+ |
Processor | Intel Core 2 Duo |
RAM | 2 GB |
Graphics Card | DirectX 11 Compatible Card with 512MB Dedicated Memory as a Minimum |
Storage | 20 GB |
Berminat dengan game yang mempunyai jalan cerita yang tidak linear dan ada pelbagai cabang? Disco Elysium sesuai untuk korang kerana game RPG ni mengutamakan world building dan kepelbagaian dialog dari setiap NPC. Setiap tindakan yang dibuat oleh pemain juga akan memberi kesan kepada dunia game. Jadi pemain perlu bijak buat keputusan untuk dapatkan hasil yang terbaik.
3. Tomb Raider (2013)
Operating System | Windows XP/Vista/7/8 |
Processor | Intel Core2 Duo E6300 1.86 Ghz; AMD Athlon64 X2 2.1 Ghz 4050+ |
RAM | 1 GB; 2 GB on Vista |
Graphics Card | AMD Radeon HD 2600 XT; NVIDIA GeForce 8600 |
Storage | 12 GB |
Tomb Raider 2013 merupakan reboot yang dibangunkan oleh Crystal Dynamic. Ia adalah pengembaraan pertama Lara Croft dalam menempuh cabarannya di sebuah pulau untuk membongkar misteri di sebaliknya. Jika korang nak cari game yang action-packed lengkap dengan visual cantik dan gameplay menarik. Tomb Raider sesuai untuk korang.
4. Fallout: New Vegas (2010)
Operating System | Windows XP/Vista/7 |
Processor | Intel Dual Core 2.0 GHz; Athlon 64 X2 Dual Core 5800+ |
RAM | 2 GB |
Graphics Card | ATI Radeon 1300XT; NVIDIA GeForce 6600 GT |
Storage | 10 GB |
Fallout: New Vegas adalah pilihan yang baik bagi korang yang nak main game RPG kat komputer spesifikasi rendah. Walaupun grafiknya sudah out of date, namun elemen RPG, world building dan jalan ceritanya yang kompleks membuatkan ia salah satu siri dalam Fallout yang menarik untuk pemain terokai.
5. Dusk (2018)
Operating System | Windows 7 |
Processor | 2.4GHZ Dual Core Processor Or Higher |
RAM | 2 GB |
Graphics Card | NVidia GeForce 9800GT |
Storage | 2 GB |
Kalau korang teringin nak menyelami dunia retro shooter. Korang boleh mulakan dengan game Dusk. Mengambil inspirasi dari game seperti Quake dan Doom. Dusk akan buat korang tak duduk senang dengan aksinya yang tak henti-henti, menembak kumpulan kultis.
Dah buat pilihan game mana nak main? Atau korang ada game-game spesifikasi rendah yang korang pernah main? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
This is my first time pay a quick visit at here and i am really happy to read everthing at one place