Honkai: Star Rail, sebuah game turn-based strategy terbaru dari Hoyoverse baru sahaja dilancarkan untuk PS4, PS5. Android, iOS dan PC. Tapi ada banyak lagi game-game strategi di pasaran mobile. Ni adalah 5 game mobile strategi yang korang boleh main sekarang.
- Arknights
Arknights merupakan sebuah game tower defense dari Yostar Limited. Gameplay-nya memerlukan pemain untuk meletakkan unit di tempat-tempat strategik untuk menghalang kemaraan musuh.
Reka bentuk karakternya yang lebih chibi dan anime. Namun jalan ceritanya lebih bertemakan gaya ketenteraan. Jika korang berminat dengan game tower defense, Arknights game pertama yang korang patut main.
2. Epic Seven
Epic Seven juga ialah sebuah game strategi dari Super Creative. Gameplay-nya yang hampir sama seperti Honkai: Star Rail, tapi mempunyai fokus lebih ke arah tema fantasi dari sains fiksyen. Ia juga menampilkan beberapa game modes untuk pemain terokai.
3. Cookie Run: Kingdom
Kalau korang minat grafik ke arah lebih cartoonish dan lebih ceria. Cookie Run: Kingdom dari Devsisters mempunyai grafik dan gameplay yang santai. Barisan karakternya juga comel dan terdapat pelbagai jenis perisa biskut kegemaran korang.
4. Another Eden
Another Eden ialah sebuah game RPG dari pembangun Wright Flyer Studios. Game ni menampilkan kolaborasi bersama penulis Masato Kato dan komposer Yasunori Mitsuda. Yang mana kedua-duanya pernah terlibat dalam siri Xenogears dan Chrono.
Plot Another Eden melibatkan elemen penggembaraan masa di mana pemain akan melompat dari satu timeline ke satu timeline lain untuk melakukan eksplorasi.
5. Dislyte
Dislyte menyajikan gameplay yang penuh dengan efek cantik dan grafik memukau untuk menarik perhatian pemain. Ia juga mengambil beberapa mitologi berbeza dan gabungkan menjadi fantasi urban. Kalau korang minat game dengan design yang lebih stylish dan striking, game dari pembangun Lilith Games ni sesuai untuk korang.
Jadi apa pandangan korang tentang game-game mobile strategi yang kami sebutkan tadi? Atau korang ada game mobile strategi lain yang dah pernah main? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
İhale teknik desteği alabileceğiniz diğer alanlarımız;