in , , , , ,

5 Game Mekanik Yang Menginovasikan Dunia Gaming

Melihat kepada sejarah industri video game, kita boleh lihat banyak perubahan yang telah dilalui oleh video game yang kita pernah main dari segi grafik, gameplay, jalan cerita dan muzik. Namun, 5 game ni mempunyai mekanik yang menginovasikan dunia gaming buat selama-lamanya.

1. Red Faction

Red Faction yang dikeluarkan pada tahun 2001 untuk PS2 dan PC ialah game first person shooter berlatar belakangkan planet Marikh. Keunikan game ni ialah teknologi GeoMod yang diperkenalkan oleh Volition. Di mana dengan menggunakan bahan letupan, pemain boleh letupkan dinding konkrit untuk mencari jalan pintas.

Atau letupkan lantai untuk hasilkan lubang sebagai perlindungan untuk pemain. Teknologi ni secara langsung mengubah landskap pertempuran. Dan teknologi inilah yang diikuti oleh game-game moden seperti siri Battlefield, Rainbow Six: Siege, Just Cause dan banyak lagi.

2. Eternal Darkness: Sanity’s Requiem

Kebanyakan game psychological horror akan menggunakan apa sahaja cara untuk menakutkan pemain. Salah satu caranya adalah bukan saja menakutkan pemain dalam game, tapi di luar game juga. Itu yang dilakukan dalam Eternal Darkness: Sanity’s Requiem.

Dalam game ni, pemain diperkenalkan dengan mekanik “sanity effects” di mana kadangkala skrin gameplay kembali ke skrin logo konsol. Tiba-tiba volume TV muncul mengawal tahap bunyi gameplay. Atau game pura-pura buang save file game. Ia sememangnya mekanik yang dapat meninggalkan kesan kepada pemain. Tapi sayangnya, game ni hanya ada kat Gamecube.

3. Thief: The Dark Project

Game genre stealth sudah berada lama dalam dunia gaming. Splinter Cell, Metal Gear Soild, Hitman, Assassins’ Creed adalah antara siri yang terkenal dalam genre ni. Tapi Thief: The Dark project yang mula memperkenalkan genre ni.

Dikeluarkan pada tahun 1998, game first-person adventure ini memperkenalkan mekanik baharu seperti mengelak daripada dikesan oleh musuh dengan mengawal bunyi tapak kaki pemain dengan berjalan perlahan. Konsep sembunyi kat tempat gelap dan elak dari berjalan tempat terang juga adalah sesuatu yang baharu dalam dunia gaming pada waktu itu.

4. System Shock 2

System Shock 2 ialah salah satu game yang bertanggungjawab membawakan genre immersive sim, yang mana game seperti Deus Ex, Bioshock, Prey dan Dishonored mengikut jejak langkah sama. Immersive sim adalah gameplay yang memberikan pemain kebebasan untuk selesaikan misi dengan apa saja cara dalam sandbox yang kompleks.

Apa yang dibawa oleh System Shock 2 adalah menggabungkan elemen FPS dan RPG menjadi satu. Di mana pemain boleh memilih pelbagai jenis kemahiran yang boleh diunlock mengikut style pemain. Macam contoh kalau pemain tak suka menembak, pemain boleh fokus kat skill hacking dan hack turrets dan robot tanpa perlu berdepan dengan musuh.

5. Resident Evil: Outbreak

Dikeluarkan pada tahun 2003 secara eksklusif untuk PS2. Game survival horror ni memperkenalkan mekanik yang belum pernah ada dalam game-game Resident Evil sebelum ini iaitu online co-op 4 pemain.

Fungsi co-op multiplayer sudah berada lama di PC. Tapi bagi konsol, ianya masih baru dan PS2 mahu membawakannya menerusi Resident Evil: Outbreak. Adapter network perlu ada jika 4 orang pemain nak main sama-sama. Walaupun tak ada fungsi voice chat. Ia masih merupakan usaha yang berani dari Capcom.

Jadi apa pandangan korang tentang game-game yang menginovasikan dunia gaming. Atau ada game-game kegemaran yang korang dah main yang korang rasa benda tu memang baru dan tak pernah lagi ada. Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Selain Marvel’s Spider-Man 2 & Wolverine, Insomniac Games tengah develop satu lagi game AAA

Jangan risau, Ubisoft takkan delete akaun korang sesuka hati