Apa benda ‘boomer shooter’ ni? Kalau korang nak tahu, boomer shooter bermaksud game shooter yang dihasilkan khas untuk nampak macam game-game shooter tahun 90-an. Tapi dengan sedikit twist masukkan elemen-elemen moden.
Budak-budak 90-an mesti familiar dengan game-game seperti Doom, Quake, Duke Nukem 3D dan Shadow Warrior. Jadi ni 5 game boomer shooter yang korang boleh main sekarang.
- Ion Fury (PS4, Xbox One, PC, Nintendo Switch)
Dihasilkan oleh studio sama yang membawakan Duke Nukem 3D dan Shadow Warrior Classic. Ion Fury dibina menggunakan Build Engine yang telah diubah suai untuk boleh dimainkan di platform terkini.
Korang bermain sebagai Shelly “Bombshell” Harrison dalam menumpaskan kumpulan pengganas sibernetik di Neo DC. Dibekalkan dengan pistol revolver aimbot, shotgun pelancar grenad, submesingan peluru api dan banyak lagi senjata. Pasti korang tak nak biarkan musuh terlepas.
2. Dusk (PC dan Nintendo Switch)
Dihasilkan oleh David Szymanski dan diterbitkan oleh New Blood Interactive. Grafik Dusk mengambil inspirasi dari game Quake di mana karakter boleh berlari sepantas kilat dan lakukan lompatan bunny hopping.
Korang bermain sebagai protagonis tak bernama dalam memburu kumpulan kultis dari kawasan kampung sehingga ke kawasan industrial. Apa yang paling diingati oleh pemain Dusk adalah soundtrack yang dihasilkan oleh Andrew Hulshult, komposer sama yang pernah menghasilkan lagu untuk expansion Doom Eternal.
3. Prodeus (PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Nintendo Switch)
Prodeus merupakan sebuah game indie FPS yang mana grafiknya mengambil inspirasi dari game Doom lama. Tapi visualnya lebih gore dan striking. Pergerakan yang pantas dan musuh yang tak bagi muka kat pemain menjadikan Prodeus sebuah game yang mencabar. Korang juga boleh upgrade senjata korang menjadi lebih berbahaya.
4. Project Warlock (PS4, Xbox One, PC, Nintendo Switch)
Project Warlock dihasilkan oleh Buckshot Software mempunyai grafik gabungan seperti Doom dan Wolfenstein 3D. Walaupun grafiknya lebih ke arah 2D style, namun gameplay-nya memperkenalkan sistem upgrade di mana korang bukan sahaja boleh upgrade senjata. Tapi juga perlu memilih pelbagai jenis magik yang boleh digunakan ke atas musuh.
5. Turbo Overkill (PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X/S, PC, Nintendo Switch)
Benda pertama yang korang akan ingat bila main Turbo Overkill adalah protagonisnya ada gergaji kat kaki robotiknya. Ya! Korang tak salah dengar dan boleh gunakannya dalam pertempuran. Korang boleh slide sepantas kilat dan biarkan gergaji makan apa saja dalam laluannya. Tak cukup dengan tu, korang ada pelancar roket kat tangan robotik pemain. Visualnya juga cukup menarik dengan tema futuristik dan cyberpunk.
Jadi apa pandangan korang tentang game-game boomer shooter ni? Dah bersedia nak naikkan adrenalin korang? Atau korang ada game-game boomer shooter yang dah pernah main? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…