Dalam bulan terakhir tahun ini, masih lagi terdapat pelbagai game yang menarik telah atau bakal dipasarkan. Jom tengok apa yang ada untuk bulan ini!

1. Just Cause 3

Just Cause 3 merupakan sebuah game yang bergenre action open world yang dibangunkan oleh Avalanche Studios. Siri terbaru ini masih mengekalkan Rico sebagai watak utama dan membawa pemain dalam usaha Rico menentang pemerintah kuku besi yang bertapak di kampung halamannya.

Platform: PC, PS4 dan Xbox One.
Di pasaran: 1 Disember 2015.

JomBaca: Ulasan Sehari Bersama Just Cause 3!

2. Xenoblade Chronicles X

Kisah Xenoblade Chronicles X bermula sekitar tahun 2054 dimana terdapat 2 kaum alien yang berperang berdekatan Bumi. Peperangan ini secara tak langsung menyebabkan Bumi turut mengalami kesan kemusnahan. Demi menyelamatkan penduduk bumi, kerajaan-kerajaan di Bumi telah mengambil keputusan untuk berpindah dari Bumi dengan menggunakan kapal angkasa.

Platform: Wii U.
Di pasaran: 4 Disember 2015.

JomBacaXenoblade Chronicles X: Mempunyai Peta Yang Lebih Besar dari Skyrim, The Witcher 3 dan Fallout 4 Digabung!

3. Rainbow Six: Siege

Rainbow Six: Siege merupakan sebuah taktikal shooter yang menekankan kerjasama berpasukan dan serang hendap. Ini merupakan satu percubaan dari Ubisoft untuk masuk kedalam scene e-sukan bergenra FPS. Adakah mereka akan berjaya menghidupkan kembali siri Rainbow Six? Nantikan review dari kami kelak.

Platform: PC PS4 Xbox One.
Di pasaran: 1 Disember 2015.

JomBacaRainbow Six Siege Open Beta: Apa Pembaharuan Yang Ada?

4. Among the Sleep

Among the Sleep merupakan sebuah game horror adventure yang mempunyai camera first person. Ia akan membawa pemain mengembara ke pelbagai alam fantasi dari pandangan seorang kanak-kanak kecil.

Platform: PS4.
Di pasaran: 10 Disember 2015.

5. Chivalry: Medieval Warfare

Chivalry: Medieval Warfare merupakan sebuah action multiplayer game berlatarbelakangkan zaman medieval dimana tentera berpakaian besi bertarung demi kawasan jajahan. Game ini bermula hanya sebagai mod untuk Half-Life 2 dan akhirnya dibangunkan sepenuhnya sebagai stand-alone game.

Platform: PC, PS3, PS4, Linux, OS X, Xbox 360, dan Xbox One.
Di pasaran: 1 Disember 2015.

BONUS!

Bonus: Helldivers (PC)

Sebuah game multiplayer yang bergenre top-down shooter dari Arrowhead Game Studios. Ia menceritakan Bumi pada masa hadapan yang dibawah satu kerajaan yang ingin meluaskan kuasa ke suluruh galaksi. Dalam percubaan meluaskan jajahan inilah, pemain akan bertemu dan menentang makhluk asing. Game ini merupakan salah satu game yang ternyata dibangunkan dengan rapi dan perancangan. Sayang sekali tidak begitu ramai pemain berpeluang mencubanya.

Di pasaran: 7 Disember 2015

Bonus: Dragon Quest Heroes (PC)

https://www.youtube.com/watch?v=KtkuNrzv7WM

Dragon Quest Heroes adalah sebuah game yang menggunakan aksi hack-and-slash ala Dynasty Warriors dan memaparkan watak-watak dari siri Dragon Quest. Pergembaraan pemain bermula sebagai Royal Guard dalam usaha mengembalikan keamanan Kingdom Of Arba.

Di pasaran: 3 Disember 2015

JomBaca: BBoBB Dragon Quest Heroes!

JomKomen!