in , , , , , , , ,

5 Cara Untuk Cari Masa Main Game Sebagai Seorang Dewasa

Masa budak-budak dulu ada banyak masa nak main, tapi tak ada duit pulak nak beli game. Bila dah dewasa, duit ada tapi masa pulak tak ada. Yelah sibuk dengan macam-macam komitmen dalam kehidupan. Tapi korang mesti nak jugak kan cari masa main game, tapi tak tahu macam mana?

1. Atur jadual gaming korang

Yeah-yeah bunyinya macam membosankan. Kadang-kadang korang suka main game tak ikut waktu. Main redah je. Tapi buat jadual ni penting untuk korang bahagikan antara waktu kerja, waktu bersama keluarga dan paling penting waktu gaming.

Korang boleh tetapkan hari bila korang boleh main game lama, macam contoh hujung minggu. Dan juga hadkan berapa jam korang boleh main. Lagi bagus korang boleh utamakan game-game manakah yang boleh dihabiskan terlebih dahulu supaya lebih teratur.

2. Main game yang lebih pendek dan pelbagaikan genre

Kebanyakan AAA game sekarang memerlukan masa yang banyak untuk dihabiskan seperti game open-world sebab kadang-kadang korang tak ada masa nak main. But hey, kalau korang sukakan game tu dan tak kisah ambil masa berapa lama pun tak ada masalah.

Untuk korang yang sibuk dan tak ada masa, boleh cuba main game yang lebih pendek dan tak banyak makan masa, macam contoh game-game mobile yang ada kat pasaran sekarang.

Pelbagaikan genre juga boleh membuatkan gaming korang tak membosankan dan untuk elakkan korang terasa burnout main game genre sama. Terdapat banyak genre yang korang boleh terokai kat pasaran sekarang.

3. Belajar untuk melepaskan

Sebagai seorang yang sudah dewasa dengan macam-macam tanggungjawab dan masa yang terhad untuk main game. Korang kena belajar melepaskan sesetengah game, bak kata orang putih apa, move on. Setiap kali Steam Sales atau game sales lain, mesti nafsu korang tak tahan nak klik game baharu untuk dibeli.

Lepas tu korang ingat balik ada banyak lagi game-game yang korang dah beli belum sentuh pun. Dengan masa yang terhad dan kadang-kadang korang boleh terlupa game yang belum main tu. Lebih baik tahan diri dari membeli game baharu.

4. Rehat dan jangan paksa

Sangatlah penting untuk korang berehat setelah berjam-jam main game. Kalau korang terasa stress lepas main game yang kompetitif, lebih baik ambil masa untuk berehat. Sebab game adalah sesuatu yang boleh berikan kita keseronokan dan bukannya seksaan.

Juga kalau korang dah tak ada mood atau dah tak rasa seronok main game tu. Jangan paksa diri tu terus bermain, kerana ia boleh menyebabkan korang burnout. Cuba cari game genre lain dan jangan takut untuk tinggalkan game yang dah tak bagi korang keseronokan.

5. Gaming di luar rumah

Bagi korang yang selalu tak ada kat rumah. Steam Deck, Nintendo Switch atau telefon pintar adalah peranti mudah alih yang sesuai untuk korang bawa ke mana-mana. Jadi kalau waktu tengah lunch break, boleh la korang main game kejap.

Kebanyakan game sekarang juga ada cloud save yang menyimpan progress game korang di beberapa buah peranti. Nanti senang lah untuk korang sambung balik main kat konsol utama di rumah.

Sekarang korang dah tahu cara-caranya, mungkin korang boleh pratikkan dalam kehidupan korang. Atau korang ada cara tersendiri? Kitaorang pun nak tahu macam mana korang atur waktu gaming korang. Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Erling Haaland dilaporkan akan menjadi cover star untuk EA SPORTS FC 24

Assassin’s Creed Mirage akan ada feature interaktif khas untuk belajar sejarah sebenar Kota Baghdad