Dalam artikel kali ini, kami nak memperkenalkan kepada korang semua dengan satu game yang mungkin tak ramai daripada korang pernah dengar. Ia merupakan sebuah game yang sangat menarik, dan ini 5 perkara yang korang patut tahu tentang game yang berjudul Strange Brigade ini.
Strange Brigade? Game Apa Ini?
Strange Brigade merupakan sebuah game yang dibangunkan dan diterbitkan sendiri oleh Rebellion Developments. Ia adalah game bergenre 3rd-person shooter yang mempunyai kedua-dua mode single-player dan co-op.
Strange Brigade akan menampilkan sebuah pengalaman co-op bersama 4 pemain yang membawa kepada pertempuran dengan makhluk-makhluk mistik, perangkap-perangkap berbahaya dan puzzle-puzzle yang menguji minda.
Latar Belakang Yang Digunakan?
Game ini akan membawa para pemain menjadi sekumpulan pengembara yang menyelusuri pada zaman 1930-an di mana aktiviti-aktiviti mencari harta karun dan menemui pelbagai objek mistik dilakukan.
Oleh itu, latar belakang, persekitaran, senjata, pakaian, dan lain-lain — semuanya mengikut zaman 30-an itu. Sesuatu yang agak jarang dibawakan oleh mana-mana game masakini. Sangat menarik!
Karakter & Abiliti Berbeza!
Seperti yang dinyatakan di atas, game ini adalah game co-op bersama 4 pemain. Maka dengan itu, Strange Brigade juga menawarkan 4 karakter berbeza yang boleh skuad korang pilih.
Bukan setakat rekaan fizikal saja berbeza, malah mereka akan mempunyai senjata dan abiliti yang berbeza, secara langsung memerlukan kerjasama yang padu daripada setiap pemain untuk menggunakan setiap abiliti masing-masing dengan baik bagi menumpaskan musuh.
Progression Yang Menarik!
Karakter yang korang gunakan akan boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Lebih jauh korang mainkan, lebih banyak eskplorasi yang dilakukan, lebih banyak pengubahsuain yang boleh dilakukan.
Apabila korang menyelesaikan pelbagai puzzle, korang akan memperoleh relik baru yang boleh unlock kuasa amulet. Korang juga boleh menemui pelbagai harta karun untuk unlock senjata prototaip yang sangat berkuasa, serta mengumpulkan gold coins untuk membeli senjata-senjata baru.
Apa Kisahnya?
Apakah premis kisah yang dibawakan ke dalam Strange Brigade?
Kira-kira 4000 tahun yang lalu, Gurun Sahara yang terletak di Afrika telah diperintah oleh Seteki, seorang permaisuri yang sangat kejam dan tidak bertamadun. Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Seteki telah menumbangkannya, dan kemudian telah mengebumikannya di dalam makam yang tidak diletakkan nama.
Dijadikan cerita, pada tahun 1930, seorang arkeologis bernama Edgar Harbin telah menemui makam ini dan melepaskan roh permasuri ini. Sekumpulan ejen khas rahsia dari kerajaan kolonial British, digelar Strange Brigade, telah menyusup ke ekspedisi Edgar Harbin itu dalam usaha untuk menamatkan riwayat Seteki buat selama-lamanya.
Platform & Tarikh Pelancaran
Menarik, kan game Strange Brigade ini? Mesti korang nak tahu dekat platform mana game ini dilancarkan dan bila tarikh pelancarannya, betul tak?
Strange Brigade akan dikeluarkan untuk platform PC, PS4 dan Xbox One. Tarikh pelancarannya ialah pada 28 Ogos 2018.
Kalau korang nak tahu sama ada Strange Brigade ini berbaloi ataupun tidak untuk korang dapatkan, nantikan review Boleh Beli or Boleh!? daripada JomGaming tidak lama lagi. Jangan ketinggalan!
Comments
Loading…