Sebuah filem terbaru Mortal Kombat bakal tiba pada tahun 2021. Dan terkini, empat lagi pelakon untuk watak-watak utama telah diumumkan.

Ludi Lin (Aquaman, Power Rangers) akan membawakan watak Liu Kang, Mehcad Brooks (Necessary Roughness) memegang watak Jax dan pelakon baru, Sisi Stringer akan menghidupkan watak Mileena. Seorang lagi pelakon, iaitu Tadanobu Asano (Thor: Ragnarok) sedang dalam fasa akhir perbincangan untuk membawakan watak Raiden.

Ludi Lin.
Mehcad Brooks.
Sisi Stringer
Tadanobu Asano.

Sebelum ini, pelakon pertama yang diumumkan untuk filem ini ialah Joe Taslim, pelakon aksi dari Indonesia yang mencipta nama dari filem The Raid, bakal membawakan watak Sub-Zero.

Filem adaptasi dari video game ini akan diterbitkan oleh James Wan dan diarahkan oleh Simon McQuoid, serta dijadualkan akan ditayangkan pada Mac 2021.

Sumber: Deadline

JomKomen!