in ,

4 Kandungan Percuma Utama Animal Crossing: New Horizons Sempena Musim Bunga

Animal Crossing: New Horizon (ACNH) menjadi game sangat hangat di seluruh dunia lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setelah sebulan berada di pasaran, Nintendo memberi kemaskini percuma sebanyak 4 seasonal event mulai 23 April sehingga 30 Jun 2020.

 

1. NPC Leif; penjual botani sempena event Nature’s Day

Leif adalah vendor NPC menjual pokok renek (shrubs) dan bunga-bunga yang bukan asli di pulau anda. Sempena hari kehijauan sedunia, anda boleh mendapat bonus Nook Mile points 5x ganda melakukan aktiviti berkebun dari 24 April sehingga 4 Mei 2020.

Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga
Pokok renek yang tidak berbunga kerana bukan musim.
Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga
Pokok renek Azalea di atas bukit yang berbunga cantik mengkut musim.

Pokok-pokok renek yang dijual akan berbunga mengikut musim tertentu di pulau korang. Jika korang membeli pokok renek dari pulau lain yang bertentang musim, pokok renek tersebut tidak akan berbunga di pulau korang.

2. May Day! May Day! Cari jalan keluar dari taman labirin!

Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga

Cepat benar sudah masuk bulan Mei! Event May Day akan berlangsung dari 1 hingga 7 Mei 2020, korang boleh explore pulau misteri May Day sempena meraikan Hari Buruh. Tiket akan dihadiahkan oleh Tom Nook di Resident Services dan hanya boleh digunakan sekali. Gunakan tiket tersebut melalui Dodo Airlines untuk terbang ke pulau May Day mencari jalan keluar dari giant maze yang bakal memeningkan korang sehingga korang menjumpai Rover untuk dapatkan hadiah misteri.

Kesemua barangan korang akan disimpan di kaunter Dodo Airlines, bermaksud korang akan terbang ke pulau May Day dengan tangan yang kosong. Apabila korang memulakan permainan, korang harus kraf serta menggunakan buah-buahan secara strategik untuk menebang atau mencabut pokok ke dalam inventori. Jika korang tersesat dan terbuat salah, korang boleh memulakan kembali maze ini menggunakan ‘Rescue Service!’ di Nookphone korang. Ingat, May Day tour hanya boleh dimainkan sekali sahaja!

3. NPC Redd; penjual barangan seni dan pembukaan galeri seni sempena Hari Muzium.

Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga
Lukisan original yang didermakan kepada muzium.

Scammer musang terkenal kembali ke New Horizons untuk menjual barangan seni. Dengan itu, barangan seni tersebut akan dipamerkan di bahagian baru dibuka dalam muzium pulau korang mulai 23 April! Sempena hari muzium juga dari 18 hingga 31 Mei 2020, korang boleh berkunjung ke muzium sendiri atau rakan-rakan untuk mengumpul cop dan barangan event tersebut.

Redd akan membawa artifak, patung serta lukisan untuk dijual di dalam bot Redd di pelabuhan utara pulau korang. Berhati-hati, kemungkinan apa yang korang beli adalah barangan cetak rompak. Barangan palsu tidak boleh didermakan kepada muzium namun ia masih kelihatan menawan dan kelakar untuk diletakkan di keliling kawasan pulau korang.

Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga
Membeli barang di pulau member

Setiap seorang hanya boleh membeli satu barang dari Redd setiap hari tidak kisahlah jika Redd berada di pulau korang atau pulau rakan lain. Korang boleh melawat bot pasar gelap Redd untuk membeli dan akan dapat pada keesokan hari melalui peti surat. Barangan yang telah dibeli di dalam bot Redd tetap akan dipamerkan tetapi mempunyai cop booking yang berupa daun bersama nama pemilik baru.

4. Musim Perkhawinan

Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga

Memandangkan musim PKP diterapkan hampir di seluruh dunia, ramai berdating dan mengambil gambar virtual dalam Animal Crossing terutama sekali mereka yang terpaksa membatalkan hari perkhawinan mereka. Dengan ini, Nintendo membawa kemaskini Bulan Perkahwinan dari 1 hingga 30 Jun 2020!

Tangkap gambar di Harv’s Island (photoshoot studio) dengan perabot-perabot bertema perkhawinan barat. Dengan kembalinya NPC alpaca Reese dan Cyrus dari perniagaan Re-Tail, kemungkinan kita akan dapat membuat perabot-perabot baru atau refurbish dari mereka. Masih tiada berita lanjut jika barangan perabot ini hanya diberikan pada waktu ini atau secara kekal.

Penuh aktiviti untuk dimainkan sehingga hujung Jun! Bagaimana denga pulau korang semua? Sudah 5 bintang? Dah dapat semua dream villagers? Kongsikan gambar pulau korang bersama kami!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mei 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mei 2020

10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots

12 Perkara Tentang Assassin’s Creed Valhalla – Trailer, Jalan Cerita, Elemen RPG, Screenshots