in ,

4 Game Percuma Boleh Didapatkan Di Epic Games Store Sekarang, Termasuk Totally Reliable Delivery Service

Senarai game percuma mingguan di Epic Games Store diteruskan lagi pada minggu ini.

Tiga buah game yang diberikan percuma pada minggu ini ialah Drawful 2, Gone Home dan Hob. Ketiga-tiga game ini boleh didapatkan secara percuma dari sekarang sehingga 9 April. Masukkan game-game ini ke dalam akaun dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Dapatkannya di sini.

Bukan itu sahaja, Epic Games Store pada ketika ini turut menawarkan satu tawaran yang istimewa. Kebiasaannya, ganjaran game percuma mingguan ini adalah game-game yang dah lama dilancarkan. Tapi tawaran istimewa ini ialah game yang baru sahaja dilancarkan.

Totally Reliable Delivery Service adalah game baharu yang baru saja dilancarkan, dan ia terus diberikan secara percuma untuk minggu pertama — iaitu sehingga 8 April ini. Masukkannya ke dalam akaun korang dalam tempoh waktu ini dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya. Dapatkannya di sini.

Totally Reliable Delivery Service dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android pada 2 April lalu. Untuk platform PC, ia masih eksklusif di Epic Games Store, dan dijangka keluar di Steam pada tahun hadapan.

Totally Reliable Delivery Service adalah game co-op lucu yang bermain sebagai pasukan penghantar barangan. Kalau nak merasa perit getir yang dirasai oleh abang posmen dan rider semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, bolehlah dapatkan game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

The Last of Us Part II: Tiada Versi Demo Akan Dikeluarkan Sebelum Pelancaran, Kata Naughty Dog

Sinopsis Tentang Siri TV Resident Evil Di Netflix Telah Tertiris?

Resident Evil 8 Dilaporkan Keluar Tahun 2021, Gunakan Pandangan First-Person