Siapa sini pemilik Nintendo 3DS? Siapa pula kipas-susah-mati Pokémon, Monster Hunter, Super Smash Bros? Nih ada acara menarik untuk kita semua!

3DS Corner kembali lagi dengan lebih meriah dan besar pada tahun ini setelah mendapat sambutan yang hangat pada tahun lepas! 3DS Corner akan berlangsung selama 2 hari daripada 13 dan 14 Ogos ini di KDU, Damansara Jaya. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung! Ada apa je kat event ini?

poster

Ha~ Jom lepak dan sertai gathering dengan geng Animal Crossing bersama Animal Crossing Malaysia dan juga gathering Monster Hunter! Terdapat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang telah disediakan oleh komuniti Monster Hunter Malaysia Gathering. Takde 3DS? No hal! Untuk pertama kalinya di Malaysia, sertai gathering Pokémon Go! dan berkenalan dengan Pokémon Trainers yang lain!

13640957_1563012783994982_9137250801995704517_o

Adakah anda seorang yang berjiwa competitive? Mari berlawan dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan untuk para pengunjung! Sertai PokeMY League 2016 dan tumpaskan Gym Leaders, Elite Four serta League Champion untuk menjadi ‘champion’ pada 13 Ogos! Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20 dan anda harus membawa 3DS anda tersendiri bersma game Pokémon X/Y/Omega Ruby/Alpha Sapphire.

Jikalau korang lebih suka ke arah fighting game, korang boleh la mengambil tempat di dalam pertandingan pada hari kedua dalam Super Smash Brothers Tournament. Jangan lupa untuk datang awal dan daftar!

smashbors
Pertandingan Super Smash Bros di Wii-U

Terdapat banyak giveaways dan hadiah menanti para pengunjung! Jom tengok sikit apa yang di sponsor untuk event ini. Jangan terkejut, hebat-hebat tau hadiah diorang!

13613672_1563721980590729_8029489872523090837_o
Merchandise Monster Hunter yang di sponsor oleh Maxsoft dan Capcom
13710630_1568700996759494_253623506118348727_o
Merchandise Nintendo yang di sponsor oleh Impulse Gaming, Sunway Branch

Selain dari gathering dan pertandingan yang akan diadakan, terdapat banyak tarikan yang menyeronokkan seperti booth gaming Wii-U dimana korang boleh bermain Wii U! Penuhi galeri game anda di Download Play Sessions di mana korang boleh download game seperti Mario Kart 7, Legend of Zelda: Tri-Force Heroes dan lain lain lagi untuk dimain di 3DS. Jangan lupa untuk kumpul kan Streetpass Mii anda dan bermain di ‘Free to Play’ Zone!

plushie cosplay
Booth Rukia Plush Heaven bersama cosplayer di 3DS Corner 2015

Bukan itu sahaja, terdapat booth untuk membeli game 3DS second-hand untuk mereka mencari game dan accessory untuk 3DS. Dapatkan anak patung atau plushies rasmi Pokemon oleh Rukia Plush Heaven yang juga merupakan salah satu dari sponsor event ini.

13086860_1544364755859785_8800320203127211263_o
Booth vendor menjual barangan game klasik
13119095_1544364772526450_8597955441858449642_n
Seorang player yang sedang bermain acara Poke-LARP di lihat oleh ‘judge’ rasmi

Jangan lupa untuk membawa kamera korang! Bergambar geng geng Cosplay Nintendo dan bertemu dengan panel ‘competitive’ Pokémon VCG, KL Raikous yang bakal menyertai Pokemon VGC 2016 Nationals. Event ini juga akan berlangsung bersama Cosplay Corner 2016 so jangan lupa untuk berselfie sekali!

Jangan risau kalau 3DS anda low-battery, terdapat charging stations 3DS so korang boleh bermain secara berterusan sepanjang hari! Ha, ada macam-macam untuk kita enjoy! Bunyinya amat menyeronakkan bukan? Jadi marilah kita sertai event ini!

Hari: 13 – 14 Ogos 2016
Waktu : 10am – 6pm
Tempat : Auditorium, KDU, Damansara Jaya
Tiket: RM10 sehari

Ingin mengetahui lebih lanjut? Usha Facebook page 3DS Corner 2016 diorang untuk ketahui lebih info menarik!

JomKomen!