in ,

38 Game PS5 Telah Tertiris Dari Majalah Rasmi PlayStation – Battlefield 6, Dragon Age 4, Rainbow Six Quarantine

Isu akan datang untuk majalah rasmi PlayStation dijangka akan mendedahkan sekian banyak senarai game yang sudah disahkan dalam pembangunan untuk PlayStation 5.

Isu tersebut dijadualkan berada di pasaran pada 2 Jun ini, walau bagaimanapun, imbasan terhadap beberapa muka surat dari majalah tersebut telah tertiris secara online, lapor PlayStationLifestyle.net.

Imbasan muka surat yang tertiris ini telah memperlihatkan 38 buah game yang sudah disahkan bakal hadir ke PS5. Namun, tiada sebarang kejutan daripada senarai ini kerana kebanyakannya adalah game yang sudah diumumkan (Watch Dogs Legion, FIFA 21), game rentas generasi game yang sudah didedahkan (Rainbow Six Siege, Assassin’s Creed Valhalla), atau game yang sudah disahkan secara tidak langsung atau belum didedahkan judulnya (Battlefield 6).

Ada juga game-game baharu yang mungkin belum pernah diumumkan lagi sebelum ini, namun tetap juga tidak mengejutkan seperti Dragon Age 4, Dying Light 2, dan The Sims 5.

Apa yang menarik ialah senarai ini tiada satu pun game eksklusif pihak pertama daripada Sony, bermakna ini bukanlah senarai penuh kerana game seperti The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima sudah disahkan akan boleh dimainkan di PS5.

Maksudnya juga, senarai ini bukanlah senarai game yang akan didedahkan oleh Sony dalam acara khas pendedahan game-game PS5 pada minggu hadapan. Dalam acara itu, Sony dijangka akan mengumumkan game-game eksklusif yang tidak pernah diumumkan sebelum ini.

Di bawah ialah senarai 38 game yang tertiris tersebut, berserta sebahagiannya mempunyai tempoh waktu ianya dijangka bakal hadir ke konsol generasi akan datang itu:

  • A Rat’s Quest: The Way Back Home (2021)
  • Assassin’s Creed Valhalla (2020)
  • Battlefield 6 (2021)
  • Chorus (2021)
  • Cygni: All Guns Blazing (Belum ada tarikh)
  • Dauntless (Belum ada tarikh)
  • Dirt 5 (2020)
  • Dragon Age 4 (Belum ada tarikh)
  • Dying Light 2 (Belum ada tarikh)
  • FIFA 21 (2020)
  • Godfall (Belum ada tarikh)
  • Gods & Monsters (Belum ada tarikh)
  • Gothic Remake (Belum ada tarikh)
  • Madden 21 (2020)
  • Moonray (2021)
  • MicroMan (Belum ada tarikh)
  • NHL 21 (2020)
  • Nth’O Infinity Reborn (Februari 2021)
  • Observer: System Redux (2020)
  • Outriders (2020)
  • Path of Exile 2 (2020)
  • PsyHotel (Belum ada tarikh)
  • Quantum Error (2020)
  • Rainbow Six Quarantine (Belum ada tarikh)
  • Rainbow Six Siege (Belum ada tarikh)
  • Redo! Enhanced Edition (2020)
  • Scarlet Nexus (Belum ada tarikh)
  • Sniper Elite 5 (Belum ada tarikh)
  • Soulborn (Hujung 2021)
  • Starfield (Belum ada tarikh)
  • The Elder Scrolls 6 (Belum ada tarikh)
  • The Lord of the Rings: Gollum (2021)
  • The Sims 5 (Belum ada tarikh)
  • Ultimate Fishing Simulator 2 (2020)
  • Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 (Belum ada tarikh)
  • Warframe (Belum ada tarikh)
  • Watch Dogs Legion (Belum ada tarikh)
  • WRC 9 (2020)

Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Walaupun di sebalik situasi wabak pandemik yang melanda dunia, Sony masih lagi menyatakan yang PS5 tetap akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Grafik Gameplay Sebenar Pertama PlayStation 5 Dalam Demo Teknikal Unreal Engine 5

Bermula Julai, Semua Game Baru PS4 Wajib Boleh Dimainkan Di PS5 Apabila Dihantar Untuk Pengesahan Sony

Presiden Sony PlayStation Terangkan Mengapa Logo PS4 Dan PS5 Tidak Jauh Beza

Sony Tidak Berminat Hasilkan Game PS5 Yang Boleh Dimainkan Di PS4