in , , , ,

$300,000 Akan Diberikan Percuma Dalam GTA Online Bagi Menyambut DLC Baru Nightclubs

Duit raya daripada Rockstar!

Rockstar sememangnya sangat bermurah hati. $300,000 (matawang dalam game) dalam Grand Theft Auto V Online akan diberikan secara percuma. Apa yang korang perlu lakukan adalah sangat mudah.

Korang perlu log masuk ke dalam GTA Online dari sekarang hingga 2 Julai ini, kemudian korang perlu log masuk pula dari 3 Julai hingga 9 Julai untuk menebus wang ini dan tunggulah ia masuk ke akaun Maze Bank korang.

Bukan itu sahaja, malah Rockstar akan memberikan outfit eksklusif Orange Wireframe Bodysuit.

Sifat dermawan Rockstar ini adalah bagi menyambut kandungan tambahan baru yang bakal tiba tidak lama lagi dalam GTA Online, digelar Nightclubs.

Nightclubs adalah misi dan bisnes terbaru yang korang boleh uruskan. Seperti mana dunia sebenar, kelab-kelab malam korang ini akan menjadi muka hadapan kepada kerja-kerja jahat korang di belakang. Pemain akan boleh mengubahsuai kelab malam ini dengan setup, rekaan, menggaji dan menaikkan pangkat pekerja — lebih baik pengurusan kelab malam korang, lebih selamat kerja-kerja yang korang lakukan di belakang kelab malam ini.

JomBaca: 5 Tahun Selepas Dilancarkan, GTA V Umumkan Edisi Terbaru Yang Lebih Lengkap

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PSX SEA 2018 Diumumkan Akan Diadakan Di Bangkok, Thailand Pada Ogos Ini

PSX SEA 2018 Diumumkan Akan Diadakan Di Bangkok, Thailand Pada Ogos Ini

Saksikan Wajah Dan Statistik Pemain-Pemain Legenda Yang Bakal Ada Dalam PES 2019