Siapa sangka Stadia yang dibina oleh Google akan mendapat persaingan secara mengejut di E3 2019 ini? Berikut merupakan rumusan kepada ketiga-tiga teknologi cloud gaming yang telah didedahkan di pentas E3 2019.

Ketiga-tiga sistem cloud gaming ini mempunyai fokus penyampaian kepada konsumer mereka yang berlainan. Yang manakah sesuai untuk kegunaan anda?

Stadia (Google)

Stadia merupakan platform game streaming pertama yang diumumkan di dunia yang menggunakan resolusi 4K. Tanpa menggunakan sebarang simpanan memori, Stadia hanya akan menggunakan data dan stream (seperti youtube) untuk memainkan kesemua game yang berada di dalam library game ini di resolusi Ultra HD 4k pada 60 fps di komputer, smartphones dan Chromecast.

Ini bermaksud Stadia akan menggunakan 35 Mbps bersamaan 15.75GB sejam. Di kualiti minima, akan memakan di dalam 4 hingga ke 5 gig sejam. Lebih afdhal untuk menggunakan penyambungan LAN untuk memastikan game dapat stream tanpa ganguan untuk perincian yang tertentu.

Destiny akan menjadi antara game pertama berada di Stadia untuk pelancaran Expansion Tahun Ke-2 Destiny tetapi Bungie mengatakan kemungkinan akan menganggu permainan kompetitif apabila dilancarkan.

Namun kemungkinan besar apabila Stadia diumumkan untuk pelancaran, Malaysia tidak akan menjadi antara pilihan utama sewaktu dilancarkan. Terutama sekali Malaysia masih belum mempunyai internet yang cukup laju dan stabil untuk digunakan dengan selesa.

Stadia boleh digunakan secara percuma untuk pelan biasa atau premium pada $9.99.

Jom Baca: 8 Perkara Tentang Google Stadia – Harga, Tarikh Pelancaran, Senarai Game, Keperluan Internet8 Perkara Tentang Google Stadia

Orion (Bethesda)

Berbeza berbanding Stadia, Orion lebih fokus kepada ‘mengurangkan’ latency serta saiz yang distrim supaya dapat menyampaikan pengalaman yang lebih nyaman kepada pemain. Orion mampu mampat (compress) masa untuk render dan juga optimize frame sebanyak 20%. Ia turut akan memakan 40% lebih kurang data apabila distrim untuk dimainkan tanpa menjatuhkan kualiti.

Bethesda akan mengadakan tempoh percubaan lewat tahun ini dengan membawa DOOM ke telefon pintar iPhone di iOS 11 ke atas. Orion turut akan berada di PC serta Android pada kemudian hari.

Tiada maklumat lagi diumumkan untuk pelan yang akan dibawa oleh Bethseda.

Jom Baca: Orion: Servis Cloud Gaming Yang Mengurangkan Latency dan Penggunaan Kuasa Komputer

Project xCloud (Microsoft)

Project xCloud mampu stream-kan game-game yang berada di Xbox kepada telefon pintar dan tablet Android. Sistem ini lebih kepada konsep hibrid servis cloud gaming daripada tempat pemasaran cloud gaming dengan menggunakan kepintaran Microsoft Azure. Project xCloud oleh Microsoft menunjukkan ia akan berfungsi pada resolusi 1080p dan 60 fps.

Di persidangan E3 2019, demo dijalankan di Samsung S10s dan pembangunan akan terus fokus kepada sistem Android buat masa ini pada kelajuan 10 MB untuk video game. Video biasa pula hanya memerlukan 7.5 MB dan mempunyai channel uplink yang kecil untuk memproses input sebelum dipapar ke skrin pengguna. Project xCloud masih selesa untuk digunakan walaupun di talian LTE, Wi-Fi atau LAN asalkan menggunakan internet 10MB.

Pengguna boleh memainkan game Xbox di peranti Android mereka dengan controller ataupun interface sentuh terus di skrin mobile tersebut.

Lebih informasi tentang sistem ini akan dipapar kepada orang ramai pada bulan Oktober ini. Tiada lagi pelan atau langganan yang diumumkan buat masa sekarang.

Jom Baca: Perkhidmatan Penstriman Microsoft – Project xCloud Akan Hadir Pada Bulan Oktober

JomKomen!