Korang pengumpul merchandise Marvel? Korang mencari laptop baru? Pilih saja dari 3 laptop ni.

Acer Malaysia sebentar tadi telah mengumumkan 3 laptop edisi istimewa Marvel’s Avengers: Infinity War – Aspire 6 Captain America Edition, Swift 3 Iron Man Edition dan Nitro 5 Thanos Edition.

Dari ketiga-tiga laptop ini, Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition merupakan siri Acer Nitro 5 yang dibina khusus bagi gamers yang juga peminat Marvel Cinematic Universe.

Dihiasi dengan rekaan Thanos di sisi hadapan, laptop ini dikuasai oleh NVIDIA GeForce TX 1050 dengan 4GB GDDR5 VRAM, processor 15-7300HQ dan RAM 8GB DDR4 yang boleh diupgrade ke 16GB. Ianya juga turut memuatkan 128GB SSD dan 1TB HDD dan disejukkan dengan dua kipas dan teknologi Acer Coolboost bagi memastikan prestasi dalam suhu optimum.

Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition ini berharga RM4,299.

Manakala dua lagi laptop – Aspire 6 Captain America Edition dan Swift 3 Iron Man Edition keduanya menggunakan processor Intel Core i5-8250U dan GPU NVIDIA GeForce MX150 dengan 2GB GDDR5. Spesifikasi penuh boleh dilihat di dalam gambar di bawah.

Aspire 6 Captain America Edition yang dibina untuk tujuan kegunaan multimedia ini dikuasakan dengan RAM 4GB DDR4 yang boleh diupgrade ke 16GB dan 1TB SATA HDD. Ianya juga dilengkapi kamera HD, dan Dolby Audio Premium dengan Acer TrueHarmony.

Swift 3 Iron Man Edition yang dibina untuk dibawa bekerja di mana sahaja menampilkan rekabentuk kompak nan ringan pada berat 1.6kg dan baterinya tahan sehingga 10 jam! Sesuai bagi mereka yang bekerja sambil mengembara.

Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition ini berharga RM3,299.

Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition ini berharga RM4,399.

Amacam? Berminat untuk membelinya? Korang boleh melawat agen jualan Acer serata negara. Dengan setiap pembelian antara 17 April – 30 Jun, korang boleh mendapat Avengers 16GB Flash Drive dan juga beg laptop premium dari Acer.

Nak tengok laptop-laptop ini dengan mata korang sendiri? Acer Malaysia akan mengadakan roadshow di Sunway Pyramid dari 26 – 29 April ini. Paling menarik, kalau korang beli sebarang laptop Acer di roadshow ini, pelbagai hadiah menarik menanti anda – termasuk Gaming Chair bernilai RM1,399 dari TT eSports.

Tudia, 3 laptop buat kipas-susah-mati Marvel untuk dimiliki! Baru tadi Acer Malaysia umumkan. Boleh beli or bleh blah!?Spec dan info lanjut di www.jomgaming.my/L2P1N

Posted by JomGaming on Rabu, 18 April 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.