Sebuah organisasi penganalisis, iPrice Group telah membuat satu kajian yang agak menarik untuk kita perhatikan.
iPrice telah mengeluarkan dapatan kajian tentang apakah konsol gaming yang masyarakat Asia Tenggara cari semasa sedang berada dalam perintah berkurung di kala situasi pandemik global, atau di Malaysia digelar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mereka telah mengumpulkan analisis daripada 1.5 juta carian di laman web beli-belah online di negara-negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina, serta Hong Kong.
Untuk Malaysia, tiga konsol gaming tertinggi yang rakyat negara ini cari semasa PKP ialah Nintendo Switch, PlayStation 4 dan PlayStation 3. Ya, jangan terkejut kalau PS3 lebih banyak dicari berbanding konsol generasi masakini Microsoft, Xbox One yang tidak tersenarai pun dalam kategori Malaysia.
Analisis ini turut menyatakan bahawa peratusan rakyat Malaysia melakukan carian di Internet untuk konsol gaming semasa PKP meningkat sebanyak 176%.
Korang boleh lihat infografik penuh yang disediakan iPrice Group di bawah:
Terima kasih, Aksiz.
Comments
Loading…