in , , , , ,

3 Game Pertama Mortal Kombat Mungkin Akan Keluar Versi Remastered Untuk Konsol Dan PC

Korang mungkin akan kembali mengimbau nostalgia bermain tiga game terawal Mortal Kombat tidak lama lagi.

Pan European Game Information (PEGI) melalui laman web rasminya telah menyenaraikan “Mortal Kombat Kollection Online” untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC.

Di bahagian deskripsi, kita dapat mengetahui bahawa Mortal Kombat Kollection Online ialah sebuah game remastered trilogi asal Mortal Kombat. Mortal Kombat I, II dan III masing-masing dikeluarkan pada tahun 1992, 1993 dan 1995 — ketiga-tiga pada asalnya dikeluarkan untuk arcade.

Menurut Gematsu, game remastered yang dibangunkan oleh Blind Squirrel Games ini dikatakan telah dibatalkan pada April 2019, namun nampaknya melalui info terbaru ini, projek ini telah diteruskan.

Sama-sama kita nantikan sama ada pengumuman rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat ataupun tidak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rasmi! The Last of Us Part II Bakal Dilancarkan Pada 21 Februari 2020, Saksikan Trailer Terbaru

Naughty Dog Mencari Pekerja Baru Yang Mahir Dengan Selok-Belok Pembangunan PC Untuk Last of Us 2

Lupakan FIFA Dan PES, Captain Tsubasa: Rise of New Champions Diumumkan Untuk PS4, Switch Dan PC

Lupakan FIFA Dan PES, Captain Tsubasa: Rise of New Champions Diumumkan Untuk PS4, Switch Dan PC