in , , ,

3 Game Call of Duty Lagi Dilaporkan Akan Dilancarkan Ke PlayStation

Sekurang-kurangnya tiga buah game Call of Duty lagi dilaporkan akan dilancarkan ke PlayStation walaupun Activision kini berada di bawah payung Microsoft.

Laporan terbaharu ini hadir dari Bloomberg, yang mengatakan Activision komited untuk melancarkan tiga game dari francais itu ke PlayStation kerana kontrak tersebut telah ditandatangi sebelum Microsoft mengumumkan untuk mengambil-alih Activision Blizzard minggu lalu.

Antara tiga game tersebut, menurut laporan itu, adalah Call of Duty yang dibangunkan Infinity Ward, kemungkinan besar game baharu dari siri Modern Warfare, yang bakal dilancarkan tahun ini.

Game kedua pula dijangka game baharu dari siri Black Ops, dibangunkan oleh Treyarch, yang akan keluar pada 2023.

Lebih menarik, laporan ini turut mengatakan game ketiga Call of Duty yang dijangka pasti akan dilancarkan ke PlayStation adalah game susulan untuk Warzone, iaitu game battle royale percuma siri tersebut, yang turut dijangka dilancarkan pada 2023. Bagaimanakah bentuk game susulan ini masih belum diketahui.

Bloomberg menegaskan yang kontrak ini ditandatangi sebelum pengambil-alihan oleh Microsoft yang mengejutkan ramai itu, maka, apa yang bakal terjadi terhadap mereka dengan Sony selepas tiga game ini, masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, usai pengumuman pengambil-alihan itu, kedua-dua pihak Microsoft dan Sony, mengesahkan yang mereka akan berpegang kepada perjanjian sedia ada dan akan terus melancarkan Call of Duty ke PlayStation.

Ya, Call of Duty akan tetap dilancarkan ke PlayStation, buat masa sekarang, namun persoalannya, sampai bila? Berapa lama lagi sebelum Microsoft akan membuka langkah untuk menjadikannya eksklusif untuk Xbox?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: Respawn Sedang Bangunkan 3 Game Star Wars – Sekuel Star Wars Jedi, First-Person Shooter, Strategi

Uncharted: Legacy of Thieves Collection: Boleh Beli or Boleh Blah!?