Tiga buah game asal Tomb Raider tidak lama lagi akan menerima versi remastered dan akan hadir ke Steam pada masa akan datang.

Pembangun Realtech VR akan menghasilkan versi remaster tersebut ke Steam. Sebelum ini, mereka telah menghasilkan versi remaster untuk Tomb Raider 1 dan Tomb Raider 2 untuk peranti mudah alih dan juga sedang cuba membawa game ketiga ke platform yang sama. Versi yang akan hadir ke Steam itu merupakan edisi mudah alih dari game Tomb Raider tersebut.

Realtech VR mendedahkan bahawa mereka akan menghasilkan versi remastered itu di Steam apabila mereka membalas respon ke atas soalan di Twitter.

https://twitter.com/realtech_VR/status/969244573120724992

Seperti apa yang korang lihat pada tweet di atas, mereka juga mendedahkan bahawa setiap satu dari tiga game itu akan menyokong fungsi OpenVR bersama-sama dengan enjin 3D baru untuk ketiga-tiga game.

Berita baik bagi mereka yang sudah memiliki ketiga-tiga game Tomb Raider di Steam, korang akan mendapat versi remastered ini secara percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.