in , , ,

2K Games Dilaporkan Sedang Membangunkan Pesaing Rocket League, Tapi Naik Motosikal Macam TRON

2K Games dilaporkan sedang membangunkan sebuah game berjudul Gravity Goal yang dikatakan ingin bersaing dengan Rocket League.

Berbeza dengan Rocket League yang menampilkan pelbagai jenis kereta, Gravity Goal dikatakan akan membawakan tema motosikal yang kelihatan seperti TRON yang mempunyai lampu LED yang terang serta bertemakan futuristik.

Laporan ini hadir daripada wartawan terkenal Tom Henderson di Exputer, yang mengatakan menerima butiran ini daripada beberapa sumber.

Gameplay yang disajikan Gravity Goal dikhabarkan seakan sama sahaja dengan Rocket League, di mana ia membawakan perlawanan 1v1, 2v2 atau 3v3. Objektifnya adalah untuk membawa dan menjaringkan sebiji bola ke dalam gawang lawan, menaiki motosikal.

Satu kelainan yang dibawakan Gravity Goal adalah pemain mempunyai sejenis ‘disk’ seakan cakera yang dimainkan di dalam hoki ais, boleh dilontarkan ke arah kenderaan lawan untuk mengganggu permainan mereka.

Kelajuan motosikal pemain sendiri akan menjadi penentu berapa kuat lontaran cakera itu akan memberikan kesan kepada pemain lawan, seperti menghentikan mereka terus atau memperlahankan gerakan mereka.

Menurut laporan ini lagi, Gravity Goal dijangka akan dilancarkan untuk PC, PS5 dan Xbox Series, sudah memasuki sesi Alpha tertutup pada hujung tahun lalu, dan mungkin akan didedahkan kepada umum dalam beberapa bulan akan datang ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Dilaporkan Mewajibkan Ada Sesi Percubaan Untuk Sesetengah Game Di PlayStation Store

Game Percuma PlayStation Plus Mei 2022 – FIFA 22, Tribes of Midgard, Curse of the Dead Gods