Ogos 2016 sudahpun menjelma. Jom usha apa game-game yang bakal mengusik hati!

Abzû (Win dan PS4) – 2 Ogos

Secara ringkasnya, Abzû merupakan game simulasi menyelam bawah laut yang memberi penekanan kepada eksplorasi serta interaksi dengan organisma lautan. Di samping dipengaruhi aktiviti eksplorasi seperti game Journey, Abzû juga akan memberi peluang pemain untuk merasa sistem RPG yang melibatkan upgrade kepada alatan-alatan renang. Abzû dikatakan mempunyai kawasan eksplorasi yang linear, namun begitu mempunyai kawasan yang cukup luas untuk memuaskan keinginan eksplorasi.

Batman: The Telltale Series Episode 1 (Win, Mac, PS3, PS4, X360, XO, iOS, Android) – 2 Ogos

Batman: The Telltale Series akan diterbitkan secara berepisod seperti yang dilakukan Telltale Games bagi siri The Walking Dead, Game of Thrones dan CSI. Diumumkan juga pelakon-pelakon suara bagi game ini, dan ianya memang buat kitorang tak sabar! Troy Baker sebagai Bruce Wayne, Travis Willingham sebagai Harvey Dent, Erin Yvette sebagai Vicki Vale, Enn Reitel sebagai Alfred Pennyworth, Murphy Guyer sebagai Lt. James Gordon, Richard McGonagle sebagai Carmine Falcone, dan Laura Bailey sebagai Selina Kyle.

Mobius Final Fantasy (iOS, Android) – 3 Ogos

Mobius Final Fantasy adalah game bergenre tactical-turn-based-RPG untuk iOS dan Android. Dalam game ini, korang akan bermain sebagai Wol di dunia Paramitia. Untuk mengaktifkan attack, korang perlu sentuh musuh korang di skrin telefon. Semasa battle, korang perlu mengumpul Element yang perlu digunakan untuk mengaktifkan sesuatu AbilityAbility adalah versi summon monster di dalam game ini.

JomBaca: Pra-Daftar Untuk Mobius Final Fantasy Dan Dapatkan Pelbagai Item Percuma!

Overcooked (Win, PS4, XBO) – 3 Ogos

Overcooked merupakan sebuah game indie yang memberi fokus kerjasama ini boleh dimainkan secara solo atau berpasukan. Pemain perlu bekerjasama dalam menyediakan masakan yang sedap dan lazat kepada pelanggan dalam pelbagai cabaran dan level yang unik dan ganjil.

No Man’s Sky (Win, PS4) – 9 Ogos

No Man’s Sky, sebuah game yang berkonsepkan adventure/first person – boleh dimainkan secara solo ataupun multiplayer. Bagi mereka yang kurang arif mengenai game ini, Studio Hello Games baru-baru ini telah melancarkan siri Guides To The Galaxy – sebuah siri video trailer yang menerangkan apakah yang boleh anda lakukan dalam No Man’s Sky nanti.

JomBaca: Beginilah Rupanya Aksi Pertarungan Dalam No Man’s Sky! Pew Pew!

Uno (Win, PS4, XBO) – 9 Ogos

uno

Siapa yang tidak gemarkan game kad ini. Satu game kad yang mampu “memutuskan tali persahabatan” dek kerana kad “+4” dan “+2”. Terkini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa game kad ikonik ini, UNO akan menemui para gamers di PS4, Xbox One dan PC pada 9 Ogos 2016.

Bound (PS4) – 16 Ogos

Bound memberikan pengalaman 3D platformer dengan membawa pemain sebagai seorang penari ballet dalam dunia yang penuh kelainan. Walaupun mempunyai rekaan yang ringkas, Bound dikatakan akan memberi tekanan kepada kuasa pemproses yang ada pada PlayStation4 dengan resolusi grafik 1080 pada 60 fps.

Grow Up (Win, PS4, XBO) – 16 Ogos

Sebuah lagi game yang mempunyai genre platfomer untuk bulan Ogos, Grow Up dibangunkan oleh Ubisoft dan merupakan sambungan kepada siri Grow Home. Game yang mempunyai dunia yang bebas diterokai ini adalah santai dan sesuai dicuba oleh seisi keluarga.

JomBaca: Bila Abah Review PS+: Grow Home.

Inversus (Win, PS4) – 16 Ogos

Walaupun tampak mudah pada sekilas pandang, jangan sangka Inversus semudah yang disangka. Sebaik sahaja aksi bermula, pemain akan merasa kompleksiti game ini. Boleh dinikmati secara solo, game ini juga membenarkan cabaran sehingga 4 pemain. Cabaran pasti akan tiba dalam pertarungan di dalam Inversus kerana setiap level adalah unik dan dinamik kerana perubahan yang dibuat sendiri oleh pemain-pemainnya.

Tales of Berseria (PS4, PS3) – 18 Ogos

Siri Tales sememangnya mendapat sambutan positif daripada peminat-peminat JRPG khususnya dan Tales of Berseria dijangkakan akan meneruskan kejayaan ini. Dengan janji akan mengekalkan kandungan yang ada pada edisi Jepun, peminat siri ini boleh melepaskan nafas lega untuk menikmati pengalaman yang sama dengan terbitan Jepun. Tales of Berseria dikatakan akan memberikan aksi yang lebih memuaskan dan juga dialog yang lebih menarik.

JomBaca: Tales Of Beseria: Mystic Arte, Skills & Lebih Perincian Mengenai Oscar dan Teresa!

F1 2016 (Win, PS4, XBO) – 19 Ogos

F1 2016 dibangunkan oleh Codemasters – studio yang telah memenangi pelbagai anugerah ini sememangnya tidak asing dalam membangunkan game bergenrekan perlumbaan seperti TOCA Touring, Colin McRae Rally dan juga Grid. F1 2016 akan mengutarakan career mode sepanjang 10 musim dan akan membenarkan pemain berlumba diatas 21 buah litar terkenal dunia. Codemasters berkata, siri terbaru ini akan mempunyai mekanisma yang lebih mendalam seperti manual start, formation laps dan juga AI yang lebih mencabar.

Metroid Prime: Federation Force (3DS) – 19 Ogos

Dibangunkan oleh Next Level Games, Metroid Prime: Federation Force merupakan sebuah first-person shooter khas untuk Nintendo 3DS. Pemain akan mengambil tempat sebagai Galactic Federation Marine yang akan menentang pelbagai makhluk asing yang berbahaya. Metroid Prime: Federation Force akan mempunyai kebolehan multiplayer yang dikenali sebagai Metroid Prime: Blast Ball.

Deus Ex: Mankind Divided (Win, PS4, XBO) – 23 Ogos

Deus Ex: Mankind Divided akan kembali membawa pemain sebagai Adam Jensen, dalam menghadapi konflik di mana beliau dan orang yang senasib dengannya – memilik anggota badan robotic ataupun augmentations, diburu dan dibunuh dengan kejam. Adakah nasib-nasib manusia augmented akan berubah atau semakin teruk? Kami berharap penceritaan yang menarik dan aksi yang mengasyikkan akan terus dikekalkan dalam siri terbaru ini.

JomBaca: Deus Ex: Mankind Divided Gameplay Terbaru Tunjukkan Kelainan!

The King of Fighters XIV (PS4) – 23 Ogos

Menurut SNK Playmore, King of Fighters XIV akan mempunyai jalan cerita baru dengan hadirnya seorang jejaka misteri yang dikenali sebagai Antonov bertindak sebagai penganjur pertandingan “The King of Fighters” kali ini. KOF XIV bakal mengetengahkan sebanyak 50 watak dengan pelbagai watak baru serta watak-watak yang telah lama menyepi seperti Geese Howard, Angel dan juga Nakoruru!

JomBaca: Teringin Main KoF XIV? Jom Cuba Demo Yang Telah Diterbitkan!

Attack on Titan (Win, PS4, PS3, PSVita, XBO) – 30 Ogos

Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya! Game Attack on Titan bakal release untuk versi Bahasa Inggeris! JAEGER! Seperti yang kami laporkan sebelum ini, game Attack on Titan ini akan merangkumi keseluruhan season 1 anime tersebut. Jadi jika anda tidak pernah menonton atau membaca manga Attack on Titan, anda tidak perlu risau jika anda tidak faham apa-apa pun sebelum bermain. Bagi peminat setia, pastinya anda tidak sabar nak mengalami sendiri pertarungan berentap dengan Titan makan orang ini!

JomBaca: Attack On Titan: Wings Of Freedom: Video Gameplay Selama 4 Minit Direkod Peminat!

Champions of Anteria (Win) – 30 Ogos

Champions of Anteria merupakan sebuah game yang unik di mana ia menggabungkan real-time strategy dan juga action role-playing game. Ia dibangunkan sebagai siri The Settlers tetapi telah dinamakan semula sebagai Champions of Anteria oleh Ubisoft. Terdapat 5 watak unik dalam game ini dan setiap satu mempunyai kuasa elemental yang berlainan iaitu water, fire, metal, nature dan lightning. Musuh-musuh akan lemah pada elemental-elemental tertentu dan pemain perlu menyusun atur setiap pertarungan agak tidak tewas dalam menyelamatkan Anteria!

Hatsune Miku: Project DIVA X (PS4, PSVita) – 30 Ogos

Hatsune Miku: Project DIVA X merupakan sebuah rhythm game yang dibangunkan oleh Sega dan Crypton Future Media. Vocaloid yang cukup terkenal ini pastinya akan menarik perhatian ramai peminat-peminatnya dalam mendapatkan game terbaru ini. 30 buah lagu bakal boleh dicuba dalam Hatsune Miku: Project DIVA X.

God Eater: Resurrection & God Eater 2: Rage Burst (Win, PS4, PSVita) – 30 Ogos

Kedua-dua versi God Eater ini mempunyai penambahan jalan cerita dari versi asalnya yang diterbitkan di platform PS Vita. Siri ini memperkenalkan sistem baru dalam mekanisma pertarungan yang diberi nama “Blood Rage”. Blood Rage akan memberi pelbagai buff kepada watak pemain. God Eater 2: Rage Burst menyertakan pelbagai watak baru, musuh dan juga jenis-jenis senjata yang boleh digunakan. Versi game ini untuk PlayStation 4 turut membenarkan audio secara 5.1 surround sound.

JomBaca: God Eater: Resurrection: Rasakan Pedang/Pistol Gergasi Ku Ini!

Verdun (PS4, XBO) – 30 Ogos 

Verdun merupakan sebuah FPS multiplayer yang mementingkan kerjasama secara berpasukan. Ia asalnya dibangunkan di Steam dan kini bakal tiba di PlayStation 4 dan Xbox One. Ia diinspirasikan oleh peperangan epik pada Perang Dunia Pertama yang dikenali sebagai Battle of Verdun, berlaku pada tahun 1916 di Perancis. Verdun mempunyai ketelitian dalam rekaan senjata dan juga map yang berdasarkan medan perang yang berlaku pada Perang Dunia Pertama dahulu.

World of Warcraft: Legion (Win, Mac) – 30 Ogos

Legion merupakan expansion untuk MMO yang cukup berpengaruh iaitu World of Warcraft. Ia menaikkan level cap WoW daripada 100 kepada 110. Ia juga akan mengutarakan artifact bagi setiap class serta memberikan pemain akses kepada map baru yang diberi nama Broken Isles. Di samping itu, nantikan class baru yang diberi nama Demon Hunter. Bagi kaki-kaki raid, Legion akan memberikan aksi baru dengan hadirnya 10 5-man dungeons serta 2 raid.

Tahira: Echoes of the Astral Empire (Win, Mac, Lin) – 31 Ogos

Tahira: Echoes of the Astral Empire merupakan sebuah indie game yang dibangunkan oleh studio Whale Hammer Games berpusat di Australia. Menggabungkan dunia sains fiksyen dan fantasi, game ini memberikan penceritaan yang unik dan menarik. Mekanisma RPG dan taktikal sememangnya akan membuat pemain berfikir agar tidak tersalah langkah!

1 komen

JomKomen!