Keperluan spesifikasi yang tinggi ditambah pula dengan harga konsol atau PC yang mahal mungkin menghalang korang dari bermain game-game baru yang mempunyai grafik tinggi seperti Far Cry 5.
Jika apa yang korang ada hanyalah laptop berspesifikasi rendah atau sederhana. Jangan sedih kerana artikel ini menyenaraikan 20 buah game yang tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi. Walaupun ada di antara game-game ini mempunyai grafik yang tidaklah secantik seperti game-game sekarang, tapi kalau ia nampak seronok untuk dimainkan, kenapa tak cuba?
1. Thimbleweed Park
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 2GHz
- RAM: 4GB
- GPU: Intel HD 3000 dan ke atas
Dihasilkan oleh Double-Fine studio, Thimbleweed Park ialah game pengembaraan point and click dengan grafik gaya pixel art. Ia menceritakan kisah ala-ala seperti siri televisyen The X-Files di mana dua orang agen FBI iaitu Reyes dan Ray menyiasat pembunuhan misteri yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti paranormal dan UFO di sebuah pekan yang sunyi.
2. Cuphead
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Core2 Duo E8400, 3.0GHz atau AMD Athlon 64 X2 6000+, 3.0GHz dan ke atas
- RAM: 2 GB
- GPU: Geforce 9600 GT atau AMD HD 3870 512MB
Dihasilkan oleh sebuah studio indie bernama MDHR (Moldenhauer). Game ini mempunyai grafik yang menarik kerana ia menghidupkan kembali animasi seperti kartun-kartun dari era tahun 30-an. Game ini merupakan game run and gun platforming 2D seperti Contra.
3. Stardew Valley
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 2 Ghz
- RAM: 2 GB
- GPU: 256 mb memori video, shader model 3.0+
Jika korang sukakan game seperti Harvest Moon dan Farming Simulator, pastikan korang akan suka Stardew Valley. Dihasilkan oleh Eric Barone dan Sickhead Games, game ini mengunakan perspektif kamera top-down dengan kumpulan karakter yang comel yang pasti membuatkan korang rasa bersemangat untuk bercucuk tanam.
4. Night In The Woods
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel i5 Quad-Core
- RAM: 4 GB
- GPU: Intel HD 4000
Dihasilkan oleh Infinite Fall dengan menggunakan enjin Unity, Night in the Woods merupakan game interactive dialogue dengan elemen pengembaraan point and click. Pemain akan bermain sebagai Mae, seorang pelajar kolej yang kembali ke kampung halamannya di Possum Springs, di sana dia membongkar misteri yang membawanya ke sebuah hutan.
5. Hotline Miami
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 1.2GHz
- RAM: 512 MB
- GPU: DirectX 8-serasi dengan kad grafik dengan sekurang-kurangnya 32MB memori video
Hotline Miami dihasilkan oleh Dennaton Games dan Abstraction Games ini merupakan sebuah game pixel art 2D shoot em’ up yang mana korang akan menjadi seorang pembunuh bertopengkan binatang dalam misi membunuh beratus-ratus ahli mafia Rusia sambil ditemani dengan lagu soundtrack synth yang sungguh mengasyikkan.
6. Pillars of Eternity 2: Deadfire
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Core i3-2100T @ 2.50 GHz / AMD Phenom II X3 B73
- RAM: 4 GB
- GPU: ATI Radeon HD 4850 atau NVIDIA GeForce 9600 GT
Pillars of Eternity 2: Deadfire ialah sebuah game 2D dengan perspektif kamera top down yang mana meletakkan pemain di kepulauan Deadfire dan pemain ditugaskan untuk memburu pelbagai jenis raksasa. Ia menampilkan penceritaan yang menarik dengan elemen RPG yang mendalam, sesuai bagi hardcore gamer untuk genre ini.
7. Paper, Please
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 1.5 GHz Core2Duo
- RAM: 2 GB
- GPU: OpenGL 1.4 dan ke atas
Korang pernah terfikir nak jadi pegawai kastam? Kalau ya, Paper, Please ialah game yang sesuai untuk korang. Game indie ini berlatarbelakangkan lokasi fiksyen di Eastern Bloc di mana pemain ditugaskan untuk melaksanakan proses keluar masuk orang ramai. Konsepnya senang sahaja, pemain perlu memeriksa dokumen pada individu, jika terdapat sebarang kecurigaan, pemain perlu laporkan masalah tersebut kepada pihak atasan.
8. Star Wars: Knights Of The Old Republic
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Pentium 3 1Ghz atau AMD Athlon 1GHz
- RAM: 256
- GPU: 32 MB dengan Hardware T&L
Ini merupakan salah satu game Star Wars terbaik yang pernah dihasilkan. Dibangunkan oleh studio Bioware yang mana memang terkenal dengan siri Dragon Age dan Mass Effect, Star Wars: KOTOR menawarkan pelbagai karakter yang menarik, aksi gameplay yang mencabar dan tidak lupa jalan cerita yang hebat.
9. Undertale
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 2GHz+
- RAM: 3 GB
- GPU: 512MB
Separuh RPG, separuh bullet hell shooter, Undertale tidak seperti game-game lain kerana dunianya dihasilkan dengan penuh mendalam oleh Toby Fox. Pemain terjatuh ke dalam dunia yang dipenuhi dengan raksasa dan ini merupakan satu-satunya game di mana untuk pemain memenangi game ini, pemain perlu elakkan daripada membunuh raksasa tersebut dan sebaliknya berkawan dengan mereka.
10. Chronicle: Runescape Legends
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Core 2 Duo atau AMD Athlon 64X2
- RAM: 2 GB
- GPU: NVIDIA GeForce 100 series (512 Mb) atau Radeon HD 3xxx atau lebih baik
Apabila bercakap mengenai game kad, pasti Hearthstone bermain di fikiran korang. Tapi bagi Chronicle: Runescape Legends, ia menggabungkan elemen RPG dan grafik 3D serta jalan cerita dari game asal Runescape. Pemain boleh berlawan dengan pemain lain atau boleh bermain dengan content baru single-player game ini.
11. FTL: Faster Than Light
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 2GHz
- RAM: 1GB
- GPU: Dengan kad 128MB+ memori
FTL bunyinya macam sebuah game hardcore di mana korang akan mengembara di angkasa dengan menaiki kapal angkasa ciptaan korang. Faster Than Light merupakan sebuah game real-time strategy di mana pemain akan membina kapal angkasa dan merekrut krew-krew untuk kapal pemain dalam misi mengembara dari satu galaksi ke satu galaksi.
12. The Elder Scrolls: Skyrim
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: dual-core 2GHz
- RAM: 2GB
- GPU: DirectX 9 yang serasi
Tidak banyak games yang kekal relevan sehingga sekarang seperti Skyrim. Terima kasih kepada komuniti modders yang terus menghidupkan game ini dengan pelbagai mods yang menarik dan gila. Walaupun ia mempunyai map dan content yang besar, game ini masih mampu dimainkan di siri prosessor Intel Core dan juga beberapa CPU Atom/Pentium pada settings yang paling rendah.
13. Broken Age
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 1.7GHz dual-core
- RAM: 2GB
- GPU: Intel HD 3000 atau lebih baru
Dihasilkan oleh Tim Schafer menerusi studionya, Double Fine yang mana memang terkenal dalam penghasilan game pengembaraan point and click seperti Monkey Island, Grim Fandango dan Full Throttle. Game ini meletakkan pemain dalam dua orang karakter yang berada dalam dua garis masa berbeza di mana pemain perlu membongkar misteri yang berlaku di sekeliling mereka.
14. Half-Life 2
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 1.7GHz
- RAM: 512MB
- GPU: DX 8.1 dengan kad yang serasi
Tidak semestinya hanya game-game 2D sahaja yang boleh dimainkan pada laptop berspesifikasi rendah. Terdapat juga game 3D yang sesuai dimainkan dan salah satunya ialah Half-Life 2. Ia mampu dimainkan dengan menggunakan GPU rendah. Jadi kalau korang peminat game FPS, korang wajib kena main Half-Life 2.
15. Minecraft
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Pentium D
- RAM: 2GB
- GPU: Intel HD
Pandangan pertama korang terhadap game ini mesti korang fikir game ini hanya untuk kanak-kanak. Tapi sebenarnya tidak, ramai juga gamers yang lebih tua bermain game ini kerana Minecraft membenarkan pemain untuk membina apa sahaja struktur binaan yang bermain di fikiran pemain. Malah, game ini juga tidak memerlukan laptop yang berspesifikasi rendah untuk dimainkan.
16. Rogue Legacy
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 1.6GHz
- RAM: 1GB
- GPU: x1950 Pro, 7900 gt
Gabungkan elemen platform 90-an, tambah sikit sistem level upgrade dan RPG dan korang akan dapat Rogue Legacy. Dalam game ini, korang akan bermain sebagai seorang satria, masuk dari satu istana ke satu istana untuk mencantas pihak musuh. Setiap istana adalah berbeza dari yang lain, begitu juga dengan kelas karakter pemain.
17. Don’t Starve
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: 2GHz
- RAM: 1GB
- GPU: Nvidia HD 4450
Don’t Starve ialah sebuah game di mana pemain akan berlegar-legar di dalam dunia yang mengerikan, mengembara dan mencari bekalan untuk meneruskan kehidupan setiap hari. Dan apabila malam menjelma, raksasa ganas akan mula bergerak dalam bayangan. Ia mempunyai visual yang menarik dengan grafik 2D serta pandangan kamera top-down.
18. Hearthstone
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Core 2 Duo
- RAM: 2GB
- GPU: Intel HD 1000
Bagi pengemar game card battle, korang perlu main Hearthstone. Sama ada bermain secara kasual atau mencabar pemain lain. Satu perlawanan, korang akan bermain lebih dari lima minit. Ia menyokong GPU yang dintegrasikan dengan Intel HD 1000.
19. Civilization V
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Intel Core 2 Duo
- RAM: 2GB
- GPU: Intel HD
Civilization merupakan sebuah siri yang masih bertahan sehingga sekarang di mana pemain membina sebuah tamadun dan perlu mengekalkan tamadun tersebut untuk tahun-tahun akan datang. Bagi Civilization V, ia mampu dimainkan pada laptop yang menggunakan prosessor siri Intel Core.
20. The Sims 4
Spesifikasi yang direkomen:
- CPU: Core 2 Duo
- RAM: 2GB
- GPU: Intel HD 3000
Membina kehidupan yang pemain idamkan dalam dunia maya, itulah The Sims 4. Apa yang menarik tentang The Sims 4 ini adalah ia mempunyai mode “laptop” yang direka khas untuk sistem yang tidak mampu untuk membuka skrin utama The Witcher 3.
Jadi, ini 20 game terbaik yang kitorang rasa takkan buat laptop korang meletup. Ada game-game lain yang kitorang terlepas? Sebutkannya di bahagian komen di bawah!
Sumber: Techradar
Comments
Loading…