Sudah hampir setahun game Destiny dilancarkan, tetapi korang rasa, korang tahu tak semua benda yang ada di dalam game ini? Sepanjang research bagi artikel ini, ada beberapa info yang penulis sendiri tak tahu sebenarnya! TIL!
1. ATRIVM PROPVGNATORVM
Bila korang mendarat di Tower, cuba korang perhatikan lantai depan korang. Ada tulisan berbahasa Latin “ATRIVM PROPVGNATORVM” yang bermaksud “Court of Champions”!

2. Logo Destiny – Easter Egg Intro Video
OK, this thing ada dalam cutscene intro – bila angkasawan mendarat di Marikh, kamera akan tertumpu pada tapak kasut yang ditinggalkan. Korang perasan tak ada logo Destiny di tapak kasut tu?
3. Destiny banyak dipengaruhi oleh game Dark Souls
Destiny banyak dipengaruhi oleh Dark Souls series. Armor Exotic Heart of the Praxic Fire ini misalnya, mempunyai perk “Praise the Sun“!

4. Hive Wizards adalah betina!
Masa awal Destiny release, banyak pertikaian mengenai jantina Hive Wizards. Tetapi di dalam grimoire card telah diyatakan :
“The Wizard is a scalpel with which the Hive vivisects the universe. A nightmare of rag and bone, the Wizard conceals herself within darkness and fire, dissecting and experimenting on anything that fall into her clutches.”
5. Shader 18327496-64703388
Apa kejadahnya Bungie letak nama shader bukan main pelik nie kan? Tapi cuba korang masukkan 18327496-64703388 di GPS :
- longitude : 18.327496
- latitude : 64.703388
Korang akan temui Sweden dengan benderanya yang berwarna biru dan kuning!
Sama seperti shader 18327496-64703388!
6. Servitor Jr. di Vestian Outpost
Vestian Outpost juga ada ‘bola’ untuk dimainkan seperti di Tower! Sementara menunggu fireteam korang claim bounty dan swap weapons yang lambat mengalahkan perempuan bermekap, apa kata korang cari mini Servitor kat sana dan musnahkan ia!
7. Dismantle token HoW untuk naikkan Reputation
Korang ada berlambak Token House of Judgement? Dismantle aje. Boleh naikkan Reputation kat Varicks!
8. Celestial Nighthawk Api Mata Hitamku!
Celestial Nighthawk adalah helmet Exotic terbaru HoW yang boleh musnahkan shield Crota dengan satu hit Golden Gun! Lagi kool, bila korang aiming weapon, matanya akan bercahaya!
9. Peluru Thorn adalah Actual Thorns!
Peluru handcannon Thorn seperti namanya, menembak peluru-peluru yang seakan duri. Patutlah ramai sangat guna Thorn kat Crucible dan Trials of Osiris – bapak besar peluru!

10. Vault Of Glass Chest-Hunter
Ada sekumpulan Guardians sehingga ke hari ini masih lagi mencari rahsia terhebat VOG – chest/kotak ke-6, sampaikan wujudnya subReddit mereka tersediri. Sehingga ke hari ini ahli yang mendaftar telah melebihi 6,000 orang!

11. Cloak of Hidden Agenda
Sebelum Destiny, Bungie terkenal dengan series game Halo. Terdapat pengaruh Halo di dalam Destiny, contohnya cloak Hunter ini:
Apa yang menariknya mengenai cloak ini?
Lambang di dalam bulatan itu mirip icon U.N.S.C di dalam universe Halo!
12. Mask of the Third Man
Helmet Exotic Hunter ini mempunyai warna mata yang berbeza mengikut jantina character korang!
Character lelaki bermata biru, character wanita bermata hijau!
13. Sistem Cover Mechanics
Ramai player tidak tahu Destiny mempunyai sistem cover mechanic seperti FPS yang lain! Bila korang berlindung atau tunduk di sebalik objek ataupun dinding, cuba tekan aim/zoom (L2 untuk PS4) dan secara automatik korang akan peek keluar dari tempat berlindung! Bila korang lepaskan trigger aim/zoom, korang kembali menyorok di sebalik cover!
14. Gorgon diinspirasi dari Greek Mythology, Medusa
Efek Gorgon’s Gaze adalah sama seperti sumpahan Medusa – seekor Gorgon zaman Yunani! Dengan sekali jelingan korang pasti akan menemui ajal!
15. King of Hive
Pada E3 2013, Bungie telah membuat live demo pertama untuk Destiny, dan co-founder Bungie Jason Jones telah memainkan watak Hunter yang menggunakan username oryx.bng
Oryx juga adalah nama Raja kepada Hive yang diperkenalkan pada E3 2015, final boss Raid di DLC The Taken King nanti! Kebetulan? Semestinya tidak.
16. Helmet Muka Patung!
Helmet Eternal Warrior yang baru diperkenalkan pada DLC House of Wolf juga mempunyai design yang berbeza mengikut jantina character korang!

17. Korang Boleh Tembak Rocket Pod Devil Walker
Di dalam Strike Devil’s Lair, sebelum bertemu dengan Sepik Prime, korang akan bertarung dengan sub-boss, Devil Walker! Korang tahu tak, rocket pods Devil Walker tuh boleh dimusnahkan? Cubalah kalau tak percaya!
18. Easter Egg Destiny di Halo 3: ODST
Poster ini boleh dijumpai di dalam game Bungie – Halo 3: ODST yang keluar pada tahun 2009. Destiny pula dilancarkan pada tahun 2014. Ini menunjukkan Destiny telah lama dalam pembikinan.
19. Vladimir Komarov
Vladimir Komarov membantu membina dan menerbangkan kapal angkasa yang pertama. dia mengorbankan diri untuk kemajuan manusia sejagat. Vladimir adalah pemandu uji bagi Soviet dan juga jurutera yang pertama terkorban di angkasa lepas. Bungie memberikan perhormatan kepada beliau di dalam Destiny dengan mengabadikan satu clock Hunter buatnya.
20. Bungie, Destiny dan Nombor 7
Bungie mempunyai fetish pada nombor 7? Tak pecaya? Mari tengok fakta 7 Bungie!
1) Bungie Fan Club dipanggil The Seventh Column.
2) Bungie Day adalah bertarikh 7/7 setiap tahun.
3) Bungie mempunyai 7 langkah untuk mengusai dunia.

Lol! Ok ok, tapi apa kaitannya dengan Destiny? Banyak unsur nombor 7 yang menjadi pujaan hati Bungie. contohnya :




Lol! Apalagi benda yang mungkin kita semua terlepas pandang? Komen lah di bawah dan penulis akan sertakan dalam 20 Benda Yang Mungkin Korang Tak Tahu Pasal Destiny Part 2!
Comments
Loading…