in , , ,

2 Video Game Paling Lama Bertahan Dalam Torrent Di Dunia Adalah Game Keluaran Ubisoft

Bagi mereka yang gemar memuat-turun filem, lagu, siri TV dan video game secara haram, pastinya cukup kenal dengan laman torrent Pirate Bay, sebuah laman web yang mula dilancarkan pada tahun 2003.

Kini, laman web itu telah memasuki ulang tahunnya yang ke 13. Bersempena dengan itu, TorrentFreak telah membuat semakan, apakah 10 fail yang paling lama dimuat-naik, yang masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

Daripada 10 fail tersebut, terdapat dua video game, yang mana kedua-duanya adalah game keluaran Ubisoft. Dua game tersebut adalah “Prince of Persia – XBOX” (bermungkinan besar adalah Sands of Time) yang diindeks pada 29 Mac 2004 dan “Splinter Cell: Pandora Tomorrow” yang diindeks pada 30 Mac 2004.

Harus diingat, ini bukanlah senarai fail yang paling awal diindeks ke dalam Pirate Bay – tetapi, ia adalah senarai fail paling lama yang masih disokong pengguna lain sehingga ke hari ini. Senang kata, ia telah di-seed selama lebih dari sedekad yang lalu.

Memuat-turun dan bermain video game secara haram adalah sesuatu yang sangat tidak bermoral. Namun, ia mungkin satu “pencapaian” kepada game developer yang menghasilkan game ini, kerana lanun-lanun ini masih lagi menyokong game-game tersebut – pastinya kerana ianya masih lagi mendapat sambutan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. I simply wanted to say thanks again. I’m not certain the things I would’ve carried out in the absence of these points provided by you regarding such field. It was before a real daunting difficulty in my view, nevertheless considering the very skilled style you treated the issue took me to jump with fulfillment. Extremely grateful for the advice and then expect you comprehend what a great job that you’re putting in training the rest all through your site. Most likely you’ve never met all of us.

  2. Valuable information. Fortunate me I discovered your website by chance, and I’m shocked why this twist of fate did not took place earlier! I bookmarked it.

JomKomen!

Loading…

0

Diinspirasikan Daripada Manga ‘Battle Royale’ – Battlegrounds Mencapai Jualan USD11 Juta Dalam Masa 3 Hari!

Guardians of the Galaxy: The Telltale Series Akan Diterbitkan April Nanti!