in , , , ,

2 Video Baru Dying Light 2 Diperlihatkan – Trailer Pelancaran, Gameplay Co-Op, Perbandingan Grafik

Game sekuel yang bakal dilancarkan bulan hadapan, Dying Light 2: Stay Human telah memperlihatkan dua video baharu.

Video pertama adalah episod terakhir dalam siri Dying 2 Know, yang mana kali ini berkongsikan sedikit gameplay untuk co-op bersama 4 pemain, perbandingan grafik antara beberapa konsol, serta banyak lagi perkongsian di balik tabir oleh Techland.

Video kedua pula adalah trailer pelancaran berdurasi kira-kira 3 minit, memaparkan lebih banyak aksi parkour, tembak-menembak dan zombi yang lebih mengganas.

Dying Light 2: Stay Human akan dilancarkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 4 Februari 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Akan Hasilkan Lebih Banyak PS4 Untuk Tampung Kekurangan Stok PS5

The Last of Us HBO Umum Pelakon Watak Riley Dari DLC Left Behind, Storm Reid