in , , ,

2 Screenshot Battlefield Seterusnya Telah Tertiris – Lokasi Pulau Dan Helikopter

Sejak DICE mengatakan yang pendedahan penuh Battlefield seterusnya akan diadakan ‘dalam masa terdekat’, ramai peminat sudah tidak sabar untuk menantikannya.

Terkini, dua keping screenshot yang dikatakan daripada game Battlefield akan datang itu telah tertiris. Gambar pertama, memaparkan pandangan udara sebuah lokasi pulau terpencil, seperti yang dilaporkan sebelum ini. Gambar kedua pula, memaparkan di dalam helikopter dari pandagan seorang pemain yang sedang mengawalnya.

Berikut adalah gambarnya:

Dua gambar ini asalnya dimuatnaik di imgur, namun ianya telah dipadamkan. Terima kasih MP1ST kerana sempat menyimpan dan berkongsi semula. Tindakan memadamkannya selepas ia tular membuktikan kemungkinan dua gambar ini adalah sahih.

Tentunya, orang dalam industri terkenal yang sering berkongsikan banyak info awal tentang Battlefield, Tom Henderson turut memberikan komennya terhadap dua gambar yang tertiris ini.

“Saya tak mahu retweet atau kongsi atas sebab yang jelas,” kata Henderson. “Tapi ya, dua gambar Battlefield yang tertiris itu sekitar satu jam lepas adalah benar”.

Beliau turut menyatakan yang sebab dua gambar itu kelihatan dalam kualiti yang rendah mungkin disebabkan ia dirakam dari Zoom atau yang seumpamanya.

Para peminat kini hanya menunggu detik pendedahan penuh Battlefield baharu ini kerana acara tersebut dijangka akan berlangsung pada bulan ini.

Battlefield akan datang ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Video Gameplay Apex Legends Mobile – Kebanyakannya Dalam Pandangan 3rd-Person

Buat Pertama Kalinya, EA Jual Kosmetik FIFA 21 Bukan Dalam Loot Box