Malapetaka Sedang Menghantui Career Mode Dalam FIFA 20, Ramai Pemain Mula Mengamuk

Pusingan kelayakan untuk FUT Champions Cup dalam FIFA 20 telah berlangsung pada hujung minggu lalu, dan seperti biasa, server EA kembali lagi dengan masalah untuk para pemain bermain secara online.

Jadi, apa yang mereka lakukan untuk menghabiskan juga perlawanan yang telah dijadualkan itu? Mereka bermain batu-kertas-gunting, atau kita di sini selalu panggil sebagai ‘osom’.

Menurut laporan Polygon, dua pemain pro FIFA 20, Shaun “Brandsha” Galea (kini menduduki tangga kedua dalam Malta ePremier League) dan Hasan “Hasoo19” Eker dijadualkan untuk berentap. Apabila mereka tidak berjaya invite antara satu sama lain, maka mereka terpaksa menentukan perlawanan tersebut melalui permainan osom.

Dalam satu tweet yang lain, seorang lagi pemain pro, Levy Frederique telah dikalahkan secara automatik kepada Tassal “Tass” Rushan, dan beliau meluahkan rasa kecewa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, EA Sports telah maklum tentang pemain yang terpaksa menentukan perlawanan melalui osom ini. EA Sports mengatakan yang perlawanan osom itu tidak memberikan apa-apa makna kepada kejohanan itu kerana apabila kedua-dua pemain tidak dapat masuk ke dalam server, kedua-duanya akan dikira kalah.

Mereka menambah bahawa ini merupakan satu situasi ‘unik’ dan mereka sedang melihat, memahami dan menghalang untuk ia kembali berlaku.

Sebagai sebuah game yang dikeluarkan secara tahunan, diterbitkan oleh satu syarikat gaming cukup besar, dan mengendalikan kejohanan terkemuka seperti ini, kejadian seperti ini adalah sesuatu yang begitu memalukan.

JomKomen!