in ,

2 Pemain PES Negara Kini Berkelana Ke Kelab Esports Thailand, Tandatangan Kontrak Selama 2 Tahun

Meninggalkan kampung halaman bukan sesuatu yang mudah. Tetapi, bagi mengejar impian yang diidamkan selama ini, dua pemain Pro Evolution Soccer (PES) negara pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Sekiranya korang mengikuti perkembangan scene PES tempatan, korang pasti mengenali dua nama hebat ini — Muhammad Khairul Abdul Aziz dan Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh. Kedua-dua pemain ini cukup cemerlang dalam musim PES 2018, di peringkat kebangsaan mahupun di rantau ini, yang mana kemuncaknya ialah apabila menjadi duo keempat terbaik dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Haikal (kiri) & Khariul ketika bertanding dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

JomBaca: Musim 2017/2018 Adalah Tahun Cukup Cemerlang Untuk Pro Evolution Soccer (PES) Di Malaysia

Terbaru, meneruskan lagi episod kecemerlangan mereka ini, Khairul dan Haikal baru sahaja menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab esports dari Thailand, MS Cerberus Esports Team (MSC).

MSC ini pula akan diletakkan di bawah kelab bola sepak Port FC, yang bakal bertanding dalam Thai E-League Pro. Apa sebenarnya Thai E-League Pro ini? Ia adalah sebuah kejohanan esports PES yang para pemainnya diletakkan di bawah kelab-kelab bola sepak terkemuka di liga utama Thailand. 16 pasukan bakal berentap dalam kejohanan ini yang terdiri daripada kelab-kelab seperti Bangkok Glass, Chonburi, Buriram United, Sukhothai dan banyak lagi.

Duo kebanggaan negara ini akan menyertai 5 lagi pemain dalam pasukan Port FC, melengkapkan 7 pemain untuk bertanding dalam Thai E-League Pro ini. Apa yang lebih membanggakan, mereka berdua sahaja pemain import dalam pasukan, dan 5 pemain lain itu adalah pemain tempatan Thailand.

Kempen kejohanan ini nanti pastinya sangat menarik dan cukup kompetitif. Pasukan-pasukan lain, turut menandatangai pemain-pemain import dari negara lain, antaranya para pemain handalan dari Vietnam dan Myanmar.

JomBaca: Vietnam Sekali Lagi Buktikan Mereka Gergasi PES Asia Tenggara, Pemain Malaysia Semakin Meningkat Naik

Ketika dihubungi JomGaming, Haikal memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana bukan semua dapat peluang yang cukup bernilai seperti ini.

“Kami berdua sahaja rakyat Malaysia yang mendapat peluang macam ini, kami janji, kami akan bermain sungguh-sungguh demi negara, negeri dan kelab kami, inshaAllah semoga dipermudahkan,” ujar Haikal.

“Selain Shahrel Fikri yang bermain untuk kelab bola sepak Thailand, Malaysia juga ada kami yang bermain untuk kelab bola sepak Thailand dalam kategori esports,” tambah Haikal lagi penuh bersemangat.

Pemain bola sepak negara, Shahrel Fikri yang kini dipinjamkan ke kelab Thailand, Nakhon Ratchasima dari PKNP FC.

JomBaca: “Kami Tak Janjikan Pingat Emas, Tapi Janji Akan Bermain Seperti Yang Inginkannya” – Pemain Esports Malaysia Ke Sukan Asia Indonesia

Sebagai pemain esports profesional sepenuh masa, mereka dibayar gaji tetap setiap bulan, tempat tinggal disediakan, mendapat tajaan penerbangan, menjalani latihan dari 10 pagi hingga 6 petang, dan semestinya dibekalkan dengan fasiliti-fasiliti esports berkelas dunia.

Masih ada yang terdetik untuk mengatakan yang esports tidak mempunyai masa depan dan buang masa? Fikirkan semula.

Haikal dan Khariul bersama pemilik/pengasas pasukan MSC, Roaj Putthakhoon semasa menandatangai kontrak. Sumber: Facebook Khairul.

JomBaca: Ini Jawapan Kami Terhadap Cemuhan Yang Dilontarkan Kepada Pemain Esports Malaysia Di Sukan Asia 2018!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield V: Trophy/Achievement Dah Didedahkan, 16/22 Perlu Didapatkan Dalam Multiplayer

PlayStation Hong Kong Tidak Sengaja Umumkan Bundle PUBG Bersama 12-Bulan Langganan PlayStation Plus