in , , , , , ,

2 Pemain Malaysia Layak Ke PES World Finals Untuk Kategori Xbox One Dan PC

Dua pemain Pro Evolution Soccer atau PES 2020 telah mencipta sejarah negara apabila layak ke eFootball.Open World Finals buat julung kalinya.

Kedua-dua pemain ini ialah Ahmad “Dragon” Yazid dan Ahmad “Maul” Muazz yang mana masing-masing telah layak dalam kategori Xbox One dan PC. Kejaayan ini sekaligus menjadi mereka pemain Malaysia pertama yang pernah layak ke peringkat akhir dalam kejohanan rasmi Konami itu.

Sepanjang kelayakan serta seterusnya di World Finals kelak, Dragon akan menggunakan Juventus, manakala Maul akan menggunakan Arsenal.

Kedua-duanya telah melalui pusingan kelayakan yang panjang. Setelah mencipta nama dalam pusingan online melalui mode rasmi eFootball dalam PES 2020, mereka sepatunya pergi bertarung dalam Asia Region Qualifiers di Tokyo, Jepun. Namun, seperti kita tahu, dalam keadaan global pada waktu ini, semuanya telah dibatalkan dan Konami hanya mengadakannya secara online.

Dragon ialah pemain PES berpengalaman yang aktif bermain sejak sekian lama, serta merupakan pengarah PES Malaysia.

Maul pula merupakan seorang pemain PES yang cukup disegani di Malaysia. Tahun lalu, Maul bersama-sama dengan pasangan co-op beliau, Nor “GBX_JJ” Hafizan telah mendapat tempat kedua dalam sebuah kejohanan antarabangsa yang berlangsung di Tianjin, China — serta turut merupakan seorang pemain PES wakil negara yang ‘regular’.

Tahun ini menyaksikan Konami buat pertama kalinya memperkenalkan kategori untuk platform Xbox One dan PC dalam kejohanan rasmi yang dianjurkan mereka. Dalam tahun-tahun sudah, sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003, mereka hanya membawakan platform PlayStation sahaja.

Selain Dragon, dua pemain lagi yang layak dalam ketegori Xbox One ialah RogueCascade243 dan Mishtay7118, manakala untuk kategori PC, dua pemain dari Indonesia, DEKAN dan Jafarachmad bakal mengiringi Maul.

Dalam ketegori PS4, dua negara gergasi Asia Tenggara dalam arena PES masih lagi mendominasi. Tiga pemain yang mengisi slot PS4 ini ialah Figohcmvn dari Vietnam, serta TRAT_Elga dan Akbarpaudie dari Indonesia.

Bersama-sama dengan penukaran judul rasmi game ‘eFootball PES 2020’, Konami telah mengubah juga nama kejohanan rasmi mereka daripada ‘PES League’ kepada ‘eFootball.Open’.

Menurut perancangan asal, eFootball.Open World Finals 2020 akan berlangsung pada Julai ini. Saban tahun, kejohanan berprestij itu akan diadakan secara offline di sebuah stadium terkemuka Eropah. Ketika situasi wabak pandemik yang melanda dunia buat masa ini, Konami masih belum mengumumkan sebarang rancangan mereka sama ada akan tetap dijalankan secara offline atau menamatkannya secara online sahaja.

2 Pemain Malaysia Layak Ke PES World Finals Untuk Kategori Xbox One Dan PC

JomGaming mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Dragon dan Maul dalam World Finals nanti. Semoga terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Angkara Penggodam, Story Mode Dalam GTA V Sekarang Diserang UFO Makhluk Asing

Angkara Penggodam, Story Mode Dalam GTA V Sekarang Diserang UFO Makhluk Asing

Tarikh Pelancaran Ghost of Tsushima Diumumkan, Saksikan Trailer Dan Screenshot Terbaru

Tidak Seperti Red Dead Redemption 2, Kuda Korang Takkan Mati Dalam Ghost of Tsushima