PES Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah dijemput oleh Tianjin Intelligent Sports Association untuk menyertai sebuah pertandingan antarabangsa PES 2019 yang dianjurkan di Tianjin, China.

Acara tersebut membawakan format co-op, dan setiap negara yang terlibat dikehendaki menghantar dua pemain. Maka, PES Malaysia telah memilih dua pemain yang sedang mendahului ranking PESMalaysia.com bagi musim ini, iaitu Ahmad Muazz (WASD_Maul) dan Nor Hafizan (GBX_JJ).

Pertandingan di negara Tembok Besar itu akan menggunakan format berpasukan — iaitu perlawanan pertama 1v1, kedua 2v2 dan ketiga 1v1.

Acara ini akan turut disertai para pemain handalan dari Brazil, Sepanyol, Britain, Indonesia dan banyak lagi, bagi merebutkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak USD10,000 (RM41,475).

Pasukan Malaysia ini akan berangkat ke sana pada 16 Mei ini, dan pulang pada 20 Mei. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 18 dan 19 Mei.

Semoga berjaya kami ucapkan kepada kedua-dua pemain ini! Ayuh harumkan nama tanah air!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.