Visualnya, lightingnya, aksi fighting dan akrobatiknya – ini mungkin video game Spider-Man paling dekat dengan pengalaman melihat Spider-Man dalam dunia sinematik Marvel!
Kitorang telah mengumumkan pelbagai berita berkenaan Marvel’s Spider-Man sebelum ini. Dari rekaan kostum barunya dengan lelabah berwarna putih, rekaan konsep hayunan Spider-Man berdasarkan hukum fizik, sehinggalah ke info-info berkaitan lain yang diumumkan Insomniac Games.
JomBaca: 13 Info Menarik Pasal Game Marvel’s Spider-Man dari Insomniac Games!
Selepas berita-berita yang diumumkan ini, kitorang sejujurnya semakin excited untuk memainkan game Marvel’s Spider-Man, versi Spider-Man terbaru untuk platform PS4 ini. Tambahan lagi, Sony dengan yakinnya mengumumkan kehadiran game Marvel’s Spider-man ini akan melonjakkan jumlah jualan konsol PS4 mereka dari 60 juta ke 100 juta unit!
Keyakinan Sony, keyakinan.
Selepas mula-mula diumumkan di E3 pada tahun 2016, pelbagai video trailer dan gameplay telah diperlihatkan. Secara peribadinya, tanggapan pertama penulis selepas melihat mechanics gameplay, kombo berlawan, world map traversal, dan beberapa konsep game ini – penulis tak boleh lari daripada membandingkan Marvel’s Spider-Man dengan siri game Batman Arkham!
Bukan Sekadar Klon Game Batman Arkham!
Jom kita hadap persoalan utama yang bermain di minda kita semua. Adakah game ini sebijik game Batman Arkham?
Selepas bermain game ini selama 2 jam di acara demo tertutup, penulis boleh katakan Marvel’s Spider-Man mungkin berkongsi genetik game superhero yang lain, namun perasaan dan pengalaman bermain sebagai Spider-Man sememangnya berbeza berbanding bermain game Batman Arkham.
Malahan apabila penulis bertanya kepada James Stevenson, Community Director Insomniac Games, “apakah respons beliau apabila Marvel’s Spider-Man ini dibandingkan dengan siri Batman Arkham?” – beliau dengan yakin menjawab, “Sesiapa yang bermain game ini pasti akan merasai perbezaannya. Aspek kelincahan, aksi akrobatik, mechanics combat dan pelbagai aspek lagi pastinya membezakan ia daripada game superhero lain. Malahan jika game ini berjaya mencapai tahap kejayaan Batman Arkham, kitorang di Insomniac Games mengganggap ini suatu kejayaan yang boleh dibanggakan!”
Marvel’s Spider-Man – On Tak On?
Selepas bermain 2 jam pertama game ini, penulis boleh katakan bahawa game ini memang on!
Aspek penceritaan, rekaan karakter, animasi in-game dan cutscene, mechanics combat dan hayunan merentas open-world map yang disinari sinaran mentari dari celah-celah bangunan, mode dan gimik gameplay yang dikutip dari game-game superhero, game RPG dan game-game open-world – Marvel’s Spider-Man kelihatan seperti menawarkan pakej gameplay single player yang menarik!
Pengakuan: Penulis seronok menghabiskan masa berayun di celah-celah bangunan New York. Saat Spider-Man jatuh dari ketinggian, terbuai lalu terayun melambung tinggi ke udara sambil sinaran cahaya yang mengintai dari balik bangunan dan tetingkap bandaraya ‘hidup’ – ini benar-benar buat penulis terpesona sambil menjerit kegembiraan!
Apa Ceritanya?
Tak banyak yang boleh penulis ceritakan hanya dari sekadar 2 jam pertama game ini, apabila Insomniac Games sendiri telah mengumumkan gameplay game ini boleh mengambil berhari-hari lamanya!
Yang pasti, Spider-Man dalam game ini bukanlah kecil-kecil anak seperti di dalam versi sinematiknya. Peter Parker, 23 tahun, sudahpun 8 tahun bekerja part-time sebagai Spider-Man dan cuba menyeimbangkan tanggungjawab kerjaya sebenar dan part time tersebut. Kedua-dua kerjayanya ini berpotensi untuk menyelamatkan dunia dalam cara yang berbeza.
Berdasarkan trailer di E3 2018 baru-baru ini, dan trailer di San Diego Comic Con Spider-Man akan berhadapan musuh-musuh klasik dari Rogue’s Gallerynya.
Selain penceritaan yang ditawarkan, sistem game ini yang sedikit bersifat RPG (seiras Batman Arkham..ehem) turut menarik perhatian penulis. Terdapat sistem upgrade costume (24 costume diacah-acah semasa demo tersebut), gajet-gajet dan juga kemahiran-kemahiran combat, akrobatik, tembakan sesawang lelabah dan sebagainya bagi menjadikan aksi permainan dan kombo combat lebih bombastik dan mengancam!
Pengembaraan merentasi map New York yang open-world bagi menjalankan sidequest dan membuka seksyen-seksyen baharu map ala Assassin’s Creed – menjadikan pengalaman dua jam bermain tersebut terasa padat dan tak mencukupi sebenarnya. Percayalah, korang akan seronok berhayun merentasi map New York dalam Marvel’s Spider-Man ini – kononnya open world map paling besar dibangunkan Insomniac Games selepas game mereka iaitu Sunset Overdrive.
Gimik penceritaan dan permainan dengan membolehkan Mary Jane (MJ) dimainkan sebagai wartawan penyiasatan (investigative journalist) juga memberikan sisi permainan berbeza dalam menceritakan lore dunia Marvel’s Spider-Man ini. Menurut Insomniac, game ini takkan mempunyai multiple ending (penamat yang pelbagai) dan paling penting, takkan mempunyai sistem microtransaction.
So, Boleh Beli or Boleh Blah!?
Untuk review penuh, kitorang akan perlu menunggu game ini dilancarkan nanti untuk memberikan ulasan dan penilaian yang sewajarnya. Tapi, dari permainan pandang pertama selama dua jam ini, penulis sedikit menyimpan harapan tinggi bagi Marvel’s Spider-Man. Jika korang berminat untuk melihat harga-harga dan atau preorder pakej-pakej yang ada bagi game Marvel’s Spider-Man ini, klik aje baris ayat ini.
Comments
Loading…