in , , , , ,

2 Game Spin-Off League of Legends Kini Dilancarkan, Riot Umum 2 Lagi Untuk 2022

Riot Games pada hari ini secara mengejutnya telah melancarkan Ruined King: A League of Legends Story, sebuah game single-player turn-based RPG yang dibangunkan oleh Airship Syndicate.

Airship Syndicate sebelum ini terkenal sebagai pembangun kepada game-game seperti Battle Chasers: Nightwar dan Darksiders Genesis.

Ruined King kini boleh dimainkan di Nintendo Switch, Xbox One, PS4, dan PC (Steam, GOG, Epic Games Store). Kedua-dua versi Xbox One dan PS4 akan mendapat naik taraf percuma apabila versi Xbox Series dan PS5 dilancarkan kelak.

Pelancaran Ruined King ini menjadikan Riot Games pada hari ini telah melancarkan dua buah game spin-off dari universe League of Legends secara serentak.

Satu lagi game yang dilancarkan pada hari ini ialah Hextech Mayhem: A League of Legends Story, seperti yang telah kami laporkan sebelum ini. Game ini bergenre rhythm-runner, dibangunkan oleh Choice Provisions, yang terkenal sebagai pencipta siri BIT.TRIP.

Hextech Mayhem kini boleh dimainkan di Nintendo Switch, PC (Steam, GOG, Epic Games Store) dan akan dilancarkan ke aplikasi mobile Netflix tidak lama lagi.

Selain itu, dalam kenyataan yang sama, Riot Games, di bawah divisyen Riot Forge, telah mengumumkan dua lagi game spin-off dari universe League of Legends yang kini berada dalam pembangunan.

Pertama, Song of Nunu: A League of Legends Story dijadualkan dilancarkan pada 2022, dibangunkan oleh Tequila Works. Bergenre single-player adventure, Song of Nunu akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, PS4, PS5, dan PC (Steam, GOG, Epic Games Store).

Kedua, CONV/RGENCE: A League of Legends Story merupakan sebuah game single-player 2D action platformer yang dibangunkan Double Stallion, juga akan dilancarkan pada 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Riot Games Bawakan Karakter Siri Netflix, Arcane Ke Dalam Among Us

The Game Awards 2021: Undian Kini Dibuka, Deathloop, Ratchet & Clank: Rift Apart, It Takes Two Ungguli Pencalonan