in , ,

2 Game Mobile Final Fantasy VII Bakal Tiba, Antaranya Battle Royale

Final Fantasy VII Remake yang diumumkan untuk versi PS5 bukanlah satu-satunya berita tentang Final Fantasy VII yang dikongsikan pada Jummat lalu oleh Square Enix.

Bukan satu, tapi dua game mobile dari dunia Final Fantasy VII telah diumumkan, iaitu Final Fantasy VII: The First Soldier dan Final Fantasy VII: Ever Crisis.

Percaya atau tidak, Final Fantasy VII: The First Soldier merupakan sebuah game mobile battle royale, berlatarbelakangkan Midgar sebelum kejadian game utama Final Fantasy VII. Gameplay yang bakal disajikan adalah sama seperti yang korang boleh jangkakan daripada dunia Final Fantasy VII — pandangan third-person, pertempuran jarak dekat, tembak-menembak, unsur-unsur fantasi.

Final Fantasy VII: The First Soldier akan dilancarkan pada tahun ini untuk iOS dan Android. Jom layan trailer:

Final Fantasy VII: Ever Crisis pula agak menarik dan unik. Ia merupakan sebuah game mobile single-player yang mengumpulkan dan memadatkan keseluruhan jalan cerita Final Fantasy VII, tetapi dalam bentuk visual berbentuk chibi dan gameplay yang lebih ‘mesra mobile’.

Jalan cerita keseluruhan yang dimaksudkan ialah jalan cerita utama Final Fantasy VII termasuklah Advent Children, Before Crisis, Dirge of Cerberus, dan Crisis Core — dibahagikan kepada beberapa bab.

Final Fantasy VII: Ever Crisis akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk iOS dan Android. Jom layan trailer:

Apa reaksi korang terhadap dua game mobile dari dunia Final Fantasy VII ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sekuel God of War Mula Diacah Secara Rasmi, Bakal Hadir Pada 2021

Pengarah Janji God of War Ragnarok Akan Dilancarkan ‘Bila Dah Siap’

Battlefield V Keluarkan Trailer Operation Underground, Hidupkan Semula Map Operation Metro

Fokus Utama EA Sekarang Adalah Battlefield 6, Tunda Need for Speed Seterusnya